Halaman

Rabu, 7 Mac 2012

Demi kerjayaku...penghijrahan itu perlu...

Assalamualaikum wbt…

Dah lama tak update blog…bukan sibuk bekerja tapi lebih kepada sibuk memerhati dan mengkaji tingkah dia yang bernama manusia. Alhamdulillah, aku baru ditawarkan tugas baru di Alor Gajah bersama CCSC AADK dan akan mula berkhidmat pada 12hb Mac ni. Maka dengan itu, aku diuji kembali untuk membuat satu keputusan sama ada memilih kerja sedia ada ataupun kerja baru yang tidak pasti. Sukar tapi tidaklah susah..mudah juga…kerana aku sedang mencari keseronokan bekerja. JUJURnya aku memang TAK SERONOK LANGSUNG kerja dekat **** ni…bukan sebagai kaunselor membuatkan aku tidak seronok tetapi kerana sebuah pimpinan yang sedang membuat persembahan kayu PUPPET diatas pentas. Nampak hebat tetapi tiada makna kerjasama… Yang bersamaku adalah boneka yang terukir sebuah kepahitan pada senyumannya. Ada juga yang diukir dengan watak sombong dan bodoh. Aku terduduk hiba melihat sahutan SATU yangdijulang konon menunjukkan kesepaduan, mahukan makna kerjasama mereka yang dilatih tetapi bukan menunjukkan kerjasama untuk dijadikan tauladan. Mudah bukan? Kira-kira setahun 3 bulan aku menjadi penyelidik kelakuan aneh ini. terkadang aku ketawa melihat mereka yang lebih tua usianya berperangai jelek, begitu indahnya sabar…dan mengajarku erti sebuah pengalaman. InsyaAllah aku akan cuba jadikannya sebuah pengajaran berguna dihari mendatangku…
Aku yang baru setahun jagung ini dipandang sepi, segala idea, cadangan, mahupun perbincangan umpama mencurah air pada daun keladi. Aku jadi popular, bukan kerana budi, tetapi sesuatu yang keji. Dikatakan mahu menunjuk pandai, tidak ada kerja, gaji yang SANGAT banyak, bertutur yang membuat salah seorang dari mereka berkecil hati (walhal ianya sebuah kebenaran, bukan berkata kesat tapi berdasarkan fakta, tanpa peninggian suara dan bahasa kasar), menambah beban, etc yang memang keji belaka.
Ingat lagi, pertama kali aku pijak kaki kebumi **** ini, kehadiranku disambut suam-suam kuku, pandanganku positif, kemungkinan mereka masih belum mengenaliku…namun aku kikis kini sebaiknya. Kerna, pemergianku juga umpama tiada makna. Tiada siapa yang peduli. Mungkin ada yang peduli, 1, 2, atau 3 orang. Sedih bukan? Kehadiranku tidak bersambut, pemergianku turut tidak diendah. Aku keliru dengan perasaanku, patutkah bersedih dengan perpisahan ini…
Namun aku pasti, aku bukan berputus asa dengan kerjayaku, tetapi aku perlu melakukan penghijrahan demi kerjayaku. Disini, aku tidak ubah seperti sebuah rumah kosong yang tidak digunakan, dan akhirnya musnah jika tidak berpenghuni. Tiada jiwa. Maka dengan itu, aku harus mencari sesiapa yang mempercayaiku. Ikhlas, aku tumpul disini, idea dan tenagaku tidak dapat disalur sebaiknya kerana aku juga turut dijadikan PUPPET kayu yang mengikut rentak persembahan. Aku diARAH (tanpa kata tidak) untuk melakukan sesuatu yang bukan diatas keikhlasan. Bukan berkira kerja, tapi cukuplah untuk memahami analogi seperti seorang PEGAWAI POLIS mesti membuat kerja-kerja memasak di IPD untuk dihidangkan oleh rakan-rakan sekerja yang lain sebagai kerja hakikinya kerana tidak harus kita berkira kerja. Sudah terang lagi bersuluh. BUKANKAH BODOH? Maaf menggunakan kekasaran bahasa, tapi ini cukup menyatakan bertapa aku terkilan dengan apa yang terjadi.
Mungkin aku faham, kenapa boneka-boneka (PUPPET) ini terus menjadi boneka…kerana mereka pasrah dengan punca rezeki, membesarkan anak-anak yang meningkat dewasa, mahu mencari punca pendapatan untuk keperluan diri mahupun keluarga kini dan akan datang, amanah dengan penempatan tugas ataupun sudah tiada daya untuk mencari mereka yang sudi mempercayai. Jika melawan, boneka ini akan dibuang dengan alasan tidak dapat digunakan lagi/sudah rosak dengan memberikan SKT yang rendah. Maka dengan itu boneka ini pasrah dengan ketentuan sipemain. Kejam! Aku tertangis pada penonton, mereka tidak memahami, mereka hanya mengikut persembahan dengan hilai tawa jika menyeronokkan, takut, sedih hiba jika puppet ini melakonkan watak garang atau sedih. Aku bahagia dengan membantu klien-klienku tetapi bantuanku dikata memanjakan,..dan akhirnya bantuanku disingkirkan. Aku tidak lagi diberikan kepercayaan untuk menunjukkan persembahan. Tetapi aku disimpan didalam kotak kecil cukuplah menghiasi ruangan pameran. Hanya menunjukkan ruang persembahan mantap dengan keperluan yang cukup tetapi tidak digunakan. Hebat bukan?
Aku kembali melihat lembaran silamku, sengaja memuhasabah diri,…tiada yang gagalku tempuhi dugaan kehidupan, walaupun aku gagal, tetapi aku berjaya tempuhinya. Mungkin ada sesuatu kesilapan yang ku lakukan sehingga membawanya hingga ke hari ini. Allahualam,..semoga pintu maaf terbuka luas untukku dan tangisan taubat memberiku seribu keinsafan.
Walaupun kerjayaku 12 Mac ini tidaklah segah mana, namun aku pasti, aku perlu teruskan kehidupan dengan rezeki yang diturunkan olehNya berbentuk duit. Duit perlu cari, duit halal adalah dengan mendapat ganjaran hasil balasan yang telah kita berikan… dengan kudrat pinjaman Illahi ini. Gaji lebih kurang, jawatan juga lebih kurang malah tugas juga lebih kurang. Hanya suasana yang berbeza, tetapi masih bekerjasama dengan organisasi yang dinamakan “Kerajaan”. Bukan sinis, tetapi memahami bagaimana cara kerjanya… Namun aku harus optimis, berbeza tempat, berbeza cara InsyaAllah. Lagipun AADK sudah lama mengenali keramat KAUNSELING… nafasku tarik dengan lega sedikit…enggan pesimis, azamku semat sebaiknya…aku akan cuba lakukan yang terbaik. InsyaAllah.





Jumaat, 25 November 2011

Laluan menjalani pembaharuan

duniaku seakan kelam
matlamat dan halaku bercelaru
semangatku mengikis kekuatan
kobar amanah, galas tanggungjawab hanya tinggal ungkapan
yang tidak bisa menggegarkan perjuangan

aduan demi aduan
menggerak sebuah tindakan
pandangan demi pandangan
mencambah sebuah penambahbaikan
namun hanya menjadi sebuah masalah yang diperkecilkan
menunggak pasak pengalaman
dalam menongkah arus perubahan

ilmu baru hanya dipandang sepi tanpa senyuman
menempik jati yang konon berpasukan
ilmu yang diberi hanya sekadar mengisi kekosongan
mencanang umpatan pada sebuah pembaharuan

diri tertangis pada pemalsuan perjuangan
diri dimakan dengan dia yang mengaku pahlawan
dunia penuh dengan perbincangan tanpa haluan
demi menegakkan keadilan bagi keselesaan
bukan tidak pernah diberi kesedaran
tapi sendiri sudah mengaku kekuatan tanpa garisan

Hari ini
aku melihat lagi sandiwara dunia
dimana dunia yang penuh dengan majoriti dihadapan
konon bebas membuat keputusan dengan menjadi ikutan
konon menghunus keikhlasan dalam pekerjaan
yang kedepan,
terus dijadikan bahan
mengaku kesepaduan tanpa menerima pandangan
mengharapkan perubahan namun tetap tanpa sebuah keramat PEMBAHARUAN

Khamis, 24 November 2011

Bila Lagi?

Haih sesak sesak...sana sini duk tgk gambar kengkawan aku kahwin atau tunang. Bila umur dah menjengah 2++ ni mesti kita sering diajukan soalan BILA LAGI?, bila lagi dan bila lagi. Kadang memang tension, dan aku pun buat kawan aku sorang tu turut sama tension. Haahaha...sayang tak percaya dengan abang ke? Kalau percaya, tunggu ok? abang tengah usahakan ni...entahlah, tiba-tiba aku sukar menjadi manusia yang rasional bila bersama sidia. Selalu mengada-ngada dan gemar mencari perhatian. Bahasa sedapnya mcm budak 15 tahun bercinta haha....tapi benarlah orang kata, cinta menyebabkan kita berbeza dengan diri kita, kita akan cuba sedaya upaya memenuhi ruang hidup ini dengan sidia. Hurmmm kelakar, sikit pun aku tak sangka...sidia ni akan jadi orang yang paling aku sayang selain family dan maha Pencipta. Baru-baru ni, percutianku ke Sarawak dengan tujuan menghadiri majlis perkahwinan kakak sidia dihujani perasaan yang beribu rasa. Menujah langkah kearah gerbang yang berlainan. terharu... dia jejaka pilihanku. haha...Kehadiran rakan-rakannya disambut baik oleh sidia, salam perkenalan antara kami turut dihubungkan, memperkenalkan insan penting dalam hidupnya, bukan itu sahaja, saudara maranya juga menjadikanku sebagai bahan untuk diusik ke gerbang perkahwinan. Penerimaan mereka memberi aku sejuta rasa, walaupun sedikit rasa terabai dengan kesibukannya menguruskan majlis. Namun aku tak sangka, minat kami serupa ----> menangkap gambar menggunakan DSLR nikon milik sepupunya, dan kami memasang niat untuk memilikinya satu hari nanti. Ternyata kami tidak kekok, menjadi salah seorang camera man dan berkongsi pandangan.
Dalam kegembiraan akan penerimaan keluarganya, aku dan dia tidak terlepas dengan dugaan seketika waktu sepanjang aku berada disana. Melihat kemesraan sidia bersama rakan sekolahnya satu ketika dulu membuatkan aku menyedari sesuatu. Hatiku jadi panas, bertepuk tampar...ish...nak tunjuk kemesraan ke apa? dan kesilapanku menduga terserlah apabila aku melakukan kesalahan yang tidak disukai si jejaka. Kami berselisihan faham malam itu,.Namun tidak dibawa ke pagi, yelah sibuk dengan hari persandingan kakaknya. Keesokkan malam, selepas menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan myanmar di sukan Sea, aku diajak ke luar rumah dengan muka masam mencukanya. Aku masih belum dapat menghidu,..namun selepas diunjurkan handphone samsung glxy ku...aku jadi kelu. (Alamak!) getusku, segala nadiku umpama terhenti. Maaf dan segala pujukkan ku tidak disambut dengan baik. Buat kali pertama, aku menangis dihadapannya.kekesalan...berkali-kali telefon bimbitku aku lempar. Aku kematian idea, aku terdiam...tiada lagi maaf buatku.aku takut, dunia ku seperti gelap dengan cahaya kegembiraan. kebahagiaan yang ku rasa petang tadi ranap. Keluarganya yang kurasa menghidu pertengkaran kami seakan faham dan memberi ruang kami berbicara. Hujan malam itu mengiringi tangisanku. Aku tahu, aku salah, melakuka sesuatu ang telah diberikan amaran olehnya. Namun entah mengapa, aku melihat keegoannya sebagai seorang lelaki terserlah disitu, umpama baru aku mengerti bertapa diri ini menyayanginya yang dahulunya sukar untuk diakui.
Mujurlah...entah bagaimana sidia memaafkanku setelah lamaku bertungku dihadapannya. Larangan KERAS diberikan padaku, supaya tidak lagi mengulangi kesilapan ini. Dan sungguh aku menyesalinya...tak mungkin ku berpaling lagi (eceh lagu Slam tu)... sidia terlalu banyak melakukan pengorbanan buat ku, tanpa dia, mungkin aku tidak sebahagia ini...sayang yang terungkap bukan sekaligus, tetapi sedikit dan perlahan2 tersemai dihati. Aku bertuah mcm cikgu Izzah cakap- Dia ni baik, dulu selalu temankan saya, bertanggungjawab dan bla2 membuatkan aku tersenyum memilikinya. Dia si Gendut yang sayangi...sekarang ni sebenarnya kitorang dah clash sebab kami bergaduh besar malam tadi sebab bola sepak Malaysia lawan Syria hahaha..tapi aku yakin...sekejap je ni...sy nak jadi isteri awk(jawapan yang selalu dielehkan aku bila dia tanya -syg nak kwin dengan abg tak?) =P


Lagu KITA -Pengujung CintaKu

 berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu









Ahad, 3 Julai 2011

BILA rakyat mahu mempamerkan kecetekan ILMU kerana taksub dengan PERJUANGAN TANPA PEMIKIRAN

M...tolonglah berfikir jauh kehadapan, kehidupan adalah sebuah perjuangan bukan untuk kembali ke masa silam. aku menangis melihat M terus diperkotak katikkan dengan isu politik tanpa perjuangan untuk diri sendri.ayuh...mengapa tidak kita memperbetulkan niat ini? untuk apakah perjuangan ini hanya untuk membuat onar pada sebuah keamanan yang telah dikecapi? mengapa kita hanya mempersalahkan kerajaan tanpa kita melihat usaha sendiri? mengapakah kita lalai akan keistimewaan yg diberi...dek kerana perjuangan yg dipuja puji yang menjanjikan sebuah kemenangan yg belum pasti akan membahgiakan diri...ya Allah...bantulah kami....terangi hati kami...kebersatuan agamaMu yaAllah...kebersatuan masyaraka majmuk ini, kembalikan kami seperti kebersatuan kaum muhajirin n Ansar satu ketika dahulu..dan Kami bisa kehadapan dengan panji2 kebebasan dan keamanan. bukan dengan sebuah platform yang kononya berlandaskan kebenaran tetapi hanya menjolok sebuah sarang tabuan....? aku bukan ahli politik
aku juga bukan sesiapa...

Tapi Aku Manusia yang meletakkan perjuangan didalam hidup ini untuk segala2nya. Namun bukan untuk cetusan sebuah pameran kebodohan yang NYATA

DUNIA melihat kita wahai rakyat....
mereka bersedia meluru akan kita....
konon untuk membantu
yah...membantu...
membantu untuk menjadikan kita sebagai negara Islam lain yang tiada KEBERSATUAN RAKYATNYA untuk HANCUR demi sebuah kononnya KEBENARAN....

say NO pada BERSIH 2.0!

Rabu, 29 Jun 2011

my future world..(hopefully)

Assalamualaikum...
lama tak tulis blog..tetiba nak memberi tekann pada keypad lappy hu3 sbb nak share something yang menggembirakan kat sini.

cuba teka? about cita2, bisnes, kejayaan, kegagalan, keluarga, kerjaya atau what? yeah... ini adalah tentang CINTA. jujur aku katakan aku telah disayangi oleh seseorang jejaka dari Sarawak. hurmmm huhu best lak teringat kenangan tu. kami bergaduh besar sehingga membawa perpisahan sebulan sebelum aku dijangka ke sarawak utk berjumpa family empunya nama jejaka tersebut, berbelit dah ayat aku. Nak dijadikan cerita, rindu kembali bertaut, jari jemari sudah kembali mahu menekan punat handset dgn pantas (sms), kami kembali mengurai cerita yang ditinggalkan hanya 3 minggu. Mungkin mempelajari sesuatu yang silap dr hari yang lalu.

Tanggal 19 hb Jun 2011
Dengan tekad yang kuat, aku kembali berjumpa dengan jejaka ini. yah, di Sarawak. Negeri asing (walaupun dalam Malaysia) yang langsung tak pernah aku jangka akan kesini. Aku pasti aku kan happy, atas landasan percaya pada jejaka ini. Perjumpaan pada petang itu, aku dihidang dengan seribu layanan selamat datang,  Panggilan telefon berkali-kali dilakukan olehnya kepada ibuku dikampung, menjamin sejuta jagaan pada diriku yang masih dibawah jagaan ibu dan ayah. Aku terkesima, dia begitu prihatin, adakah kerana dia benar2 mempelajari dari kesilapan lalu. Namun aku biarkan, jam 6 petang, kami ke J & J restaurant untuk mkan mee kolok yang diwar2kan sebagai makanan famous sarawak, yup aku cuba...yah no bad,...sgt best rase dye.memang takde kat semannjung. Snap3x utk merakam kenangan dengan mee kolok sarawak. kredit for u si jejaka.
Selepas makan, kami bergerak laju kerumah ibu bapanya dikampung, entah mengapa, ada janji yang dilupai si jejaka. Aku marah, tidak ada hati untuk berbicara walau sepatah kata. Menghampiri jeti yang mempunyai dua buah feri, aku jadi tidak menentu. Perasaan ingin tahu menguasai diri...erk cakap jugala dgn mamat sorg ni...tanya dan tanya. Aku keliru, namun tetap enjoy dengan pengalaman menaiki feri utk kekampung halamannya. =)

Setibanya aku dirumahnya, aku disambut berpuluh pasang mata. (malunya)... Dia dikelilingi keluarga yang besar, ada makcik2, pakcik, anak2 buah dan nenek serta atuk. Mereka mendugaku, nmun aku tidak cepat kelu, ku hulurkan salam dengan senyuman yang menawan (eceh...)...aku betah berkata walaupun tidak bersahut dengan kefahaman (sebab mereka lancar dengan bahasa sarawak, dan aku langsung tak fhm hahaha) kami bercerita, menemui nenek yg sedang gering. Nenek tersenyum melihat bicaraku. Melihat penerimaan keluarganya aku jadi lega, atuk menarik aku ke persada gambar yang tersidai didinding. Diperkenalkan satu persatu, walaupun kurang jelas akan bahasa sarawak, serba sedikit memahami maksud yang ingin disampaikan, aku gembira. Selepas makan buat kali kedua (lepas makan mee kolok kat J& J) aku basuh pinggan, bersama si jejaka dan dibantu anak buahnya. Jelas terpancar pada wajah jejaka, dia risau jika aku tidak selesa, pengulangan frasa "awak ok?" sering kedengaran. Dan aku kembali ke rumah kedua ibu bapanya.Melabuhkan tirai kepenatan di katil dengan kelegaan akan penerimaan kedua ibu bapanya sebentar tadi. Perancangan untuk esok telah dibentangkan oleh jejaka..macam tak sabar nak lalui hari esok. Terima Kasih Awak buat hari pertama saya happy.

20 Jun 2011
Bangun awal harini, seawal 5.30 pagi, mungkin kerana kehadiran azan berkumandang dihadapan rumah mengejutkanku. Si jejaka juga bangun selepas menyedari kehadiranku diruangan dapur. Aku bantu ibunya menggoreng kuih bernama Penyaram. rasa dia lebih kurang seperti kuih drum, n cara gorengan seperti kuik akok di kelantan. Also not bad rasanya...dan aku menggoreng mee kuning yang agak berbeza caranya, tnpa bawang putih, halia, garam dan gula. Tapi mungkin aku perlu belajar makan makanan sihat dekat sini kelak.=)
Selepas makan sarapan dan melihat tira dan tomok ke sekolah dengan hanya berjalan kaki, kami ke air terjun Ranchan, sekali lagi aku terasa begitu disayangi dengan layanannya. Seolah2 aku ni bak bayi yang baru lahir, yang perlu dijaga serapinya, aku tersenyum dengannya. Saat di air terjun, bahang romantis sijejaka menghembus perlahan tapi masuk lam hati.hehe dak sorg ni langsung tak pandai romantik tp layanan dye tu yg wat aku rasa happy.uhuhu..Lepas mandi, kami pergi ke jong crocodile farm at sekitar kuching, nama tepat tu tak pasti la sangat sebab sepanjang perjalanan dari air terjun sampai la jong crocodile farm tu aku tidur hahaha...sian si jejaka duk bercakap sorang-sorang. Kat taman buaya ni, banyak gila buaya yang real, lau kat semnnjung, banyak buaya batu (replika) tapi kat sini memang betul2 real, siap ada demo dia makan lagi.pergh menakutkan ..besar2 laktu buaya dia, kaku je if tak ada makanan, tapi mata gerak-gerak. huyyooo...rasa macam dekat movie thriller jek....siap snap3x dgn artis (pelakon ape tah, tetiba mengaku peminat utk tangkap gambar.wah peramah gitu hahaha) thanks awk jadi photographer sy. =)
 Sekembalinya dari berjalan, kami pulang dengan rasa lapar...perut dah disumbat chocolate yang diberi kepada jejaka.huhu...last2 aku yang makan lebih. Terharu dengan layanan ibu dan ayahnya, menunggu kepulangan kami untuk makan bersama, aku dihidangkan sejenis siput yang bernama ambal, seperti buluh cengkerangnya...ikan goreng dan sambal asam. Wah kredit dekat bakal mak mertua (ups) hehe. Sedap, macam nak tambah tapi malu n sedang berdiet hehe. Melepak di hadapan televisyen bersama Tira sambil ajar dia matematik darjah 1 mengeratkan hubungan kami...dan si Dia dah terbongkang tidur depan tv haha...Lebih kurang jam 4, kami kerumah atuk disebelah rumah, aku dihidangkan LAKSA SARAWAK yang best oleh makcik jejaka...wah sedap gile...asyik makan je kat sini...huhu
Petang tu, kami ke hujung kampung melihat matahari terbenam di tepi laut. Wah bestnye masa tu...dan aku kembali betah berbicara mengenai diriku yang harus difahami. Punca perselisihan faham sebelum ini, perlu diperbincangkan agar kesilapan kali kedua tidak berulang kembali. Kerna aku adalah diriku yang mungkin BERCITA2 TINGGI... si jejaka hanya tersenyum melihatku. Sesekali dihembuskan nafasnya berat ke arah lautan mendengar bicaraku. Seperti biasa...dia enggan mengulas bicaraku. sedikit kecewa...

Menjelang dinihari, aku bersamanya dihidangkan tugasan memasak ketam. Dan ideaku yang paling bernas adalah masak ketam cili api. Wahh memang best, kami masak bersama. huhu dia langsung tak pandai romantik, tapi itu dah cukup dengan layanannya yang enggan melihat aku didalam keresahan bersendirian. Kami memasak bersama ^___^ v.  Malam itu aku dibawa oleh ibu dan ayahnya kerumah atuk dan nenek sebelah ayah. Kelihatan rumah yang agak uzur dan dihuni beberapa keluarga disitu menunjukkan perbezaan dengan atuk dan nenek sebelah ibu. Mana taknya, atuk dan nenek sebelah ibu lebih kearah moden sedikit, rumah dengan wifi, rumah batu dan ber`astro'. Namun salam tetap dihulur, dan aku kembali diam kerna tidak memahami bahasa mereka. Seperti memperkenalkan menantu tika itu, aku tersipu malu....walhal kami masih belum mempunyai ikatan, dan layanan ibu da ayah jejaka menyenangkanku. Selepas itu aku diperkenalkan pula kepada makcik dan pakcik jejaka, sungguh mengharukan suasanaku ketika itu. seolah2 penerimaan itu sudah tentu dari mereka untuk menyambut menantu.Huhuhu

21 hb Jun 2010
Awal pagi, kami ke Pekan membeli mee kolok untuk santapan di pagi hari. Makan dan makan....dan lebih kurang jam 10, setelah mendapat keizinan ibunya, kami ke bandar Kuching untuk menonton wayang -X Men First Class di Spring shopping mall...menunggu saat wayang bermula, aku dah habiskan pop corn hampir separuh, si dia mengejekku....biar.hehe...after tengok wayang, kami ke Pusaka Negeri, tapi aku keliru, berkali-kali soalan diaju, tetapi dibiar sepi oleh jejaka. Setibanya disana dia mengambil roti dibahagian belakang kereta, aku kembali keliru. Dia memimpin tanganku ke kolam buatan yang agar besar disana. Tiada apa ku lihat. Aku mengeluh, cuaca panas tika itu merisaukanku. Aku memaut tangannya untuk ketempat lain. Dia menenangkanku, diambil posisi disebelahku dan melindungi aku dari cuaca yang panas tika itu. Terkesima aku dengan perlakuannya. Bungkusan Roti dibuka dan dilempar ke kolam sedikit, alangkah terkejutnya diri ini, begitu banyak ikan naik berebut roti tadi,...dan jarak bersama ikan ini sangat dekat, hanya 1 jengkal dari kaki kami. Aku jadi sangat teruja, terik mentari tidak lagi menjadi satu kerisauan, suasana menjadi kecoh seketika dengan jeritanku yang berada didalam keterujaan, sidia ketawa melihat gelagatku...sesekali ikan besar menunjukkan diri membuatkan aku semakin galak dengan keterujaan ini. Dear, thanks membawa aku kesini. Dan jelas sidia melindungi aku dari panas mentari itu membuatkan aku semakin sayang padanya... =)

Sekitar jam 4 selepas habis semua roti, kami bergerak untuk melihat sekitar bandar kuching. Dan sepanjang perjalanan itu, kami bertutur didalam bahasa Inggeris. Aku tertawa melihat gelagat kami yang telah membuatkan bahasa ini menjadi broken. Namun takku sangka, sijejaka pendiam ini boleh membuat aku tertawa dengan keletah bahasa brokennya itu. Not bad juga, dia boleh berbicara tetapi perlu diberi penambahbaikan. Hampir jam 6 kami ke Mc Donalds untuk makan Great Chicken Burger..tapi kalini aku belanja mamat ni. hehehe...sebab dari aku datang sampai sini sampai la lani aku satu sen pun takde keluar.sian at dye.ehehe...selepas kenyang, kami ke waterfront yang indah di kuchingni.Ntah bape kali kami snap3x pun aku tak tahu. Best dan penat berjalan....sempat jugak kami beli buah tangan untuk mereka dikampung. Sidia pun tak lepas membeli cenderahati untuk adik2 dikampung (ambil hati konon)... dan kami pulang ke rumah ibu dan ayah dengan rasa keletihan... rasa seronok sehingga waktu yang berlalu langsung tidak terasa.

Malam itu aku tidur awal...keletihan menyelubung disegenap rasa, dan bangun pun lewat. Hahaha...sory makcik bangun lambat, takut kena reject lak hehe....

22 hb Jun 2011

Pagi ini kami makan roti canai, makcik yang buat. dan aku just tlong goreng jek. Setelah makan, sidia membantu aku membungkus barangan untuk dibawa pulang. Ada yang kurang, kami kepekan...rasa sedih menujah hatiku, seolah2 masa disini sangat singkat, dan kejap lagi aku nak balik dah. Kami membeli pesanan rakan,-loyang kek lapis, dan so on. Teringat singgahan ke kedai tadi ada taukey tu cakap kami sepadan, tinggi sama, besar pun sama.Tapi aku menyangkal sekeras2nya...dia lagi besar dari aku.Mana boleh sama! haha... Anyway...masa untuk aku kembali telah tiba. Rasa hiba menyelubungi diri. Bersalaman dengan nenek yang sedang gering membuat aku semakin hiba, ibu si dia turut menghantar aku ke lapangan terbang kuching. Sebelum itu, kami makan di KFC terlebih dahulu, risau jika aku lapar di dalam Flight. Lambaian diberikan kepada si Dia...aku menangis didalam hati. Singkatnya pertemuan ini, dia mengekoriku sehingga tidak lagi kelihatan. Waktu itu, segalanya tidak dapat kususun didalam pmikiran, masuk pintu gate pun hampir2 salah. Mujur dia menelefonku. Dan memberi aku info yang tepat. Kalau tak tah mana aku naik...silap2 aku gi london.hahaha.... walau apapun...TERIMA KASIH sayang kerana menggembirakanku dan menerimaku apa adanya....kesabaranmu membuat aku sentiasa bersamamu...layananmu memberi aku seribu cinta...namun tunggula ketika, aku jatuh cinta terhadapmu...kerna cintaku hanya milik yang 1...















Nukilan yang disayangimu....

Sabtu, 7 Mei 2011

Lain BIASAnya dengan BERPENDIDIKAN

Biasanya...aku mesti tgk org lain, tau blog lain, tau usaha org lain, atau juga something yang berlaku disekeliling aku yg mungkin kelihatan lain. Namun kebiasaan itu membuat kelainan bagiku jika aku boleh bertindak sesuatu didalam kebiasaan itu.

Satu hari, atau mungkin juga berhari-hari, atau mungkin setiap hari, aku mungkin tidak akan terlepas untuk mendengar rungutan tentang ketidakpuasan hati oleh si A kepada si B, atau si C kepada si H atau juga antara mereka dari A hingga Z... Kehidupan... yang juga terkadang, aku lakukan.

Isu yang ingin aku bangkitkan disini adalah PEKERJAAN...
khususnya bagiku dan juga sesiapa yang bergelar pemegang ijazah sarjana muda yang berjutaan bidang..
Ada yang sudah bekerja, (tahniah kuucapkan)
Ada yang masih mencari...dan terus mencari (selamat berusaha kawan!). dan aku kembali teringat pada nasibnya ahli keluargaku yang juga kakak aku sendiri.
Dia menggalas beribu cabaran sebelum mencapai cita2 nya sebagai seorang Guru. Makan tahun tu...

Cikgu, jika ditanya pada masyarakat, khususnya masyarakat luar bandar...
mereka melihat ianya adalah sebuah pekerjaan yang menjamin masa depan, dan segala2nya mudah.,,(ku juga akuinya). Namun setiap kali itu juga, hatiku berdetik, aku bukan dilahirkan utk menjadi Guru yang berada dinaungan sekolah atau mungkin yang berada di zon Kementerian Pelajaran Malaysia. Mungkin ada bauran sombong jika ku katakan, kerjaya ini tidak begitu menjamin masa depanku mengikut KEPALAku... walau apa pun aku sangat berTerima kasih kepada para guruku yang menjadikan KEPALAku...jasamu kupanjat keredhaan dariNya yang SATU...

Entah mengapa, mungkin juga ku ketahui sebenarnya mengapakah ia... kita yang berstatus M ini sering sahaja mengejar hidup bersama duit kerajaan. Mereka yang M ini memandang tinggi berstatus kerja kerajaan. Gaji setiap bulan, ada pencen, senang pinjaman, senang cuti, banyak cuti, senang kerja dan senang juga malas bekerja. ku akui sememangnya beruntung, namun sejauhmana kita menguntungkan kerajaan akan perbelanjaan kerajaan kepada kita? kita yang sepatutnya berkhidmat untuk masyrakat sering mengecewakan mereka yang bernama masyarakat (dimana kita adalah salah satunya).

Aku berbangga kerana aku bisa menembusi alam pekerjaan bersama kerajaan. Ternyata usaha kerajaan utk kita membuka mata akan pentingnya amanah ini dijalankan adalah satu perkara yang boleh aku berikan setinggi-tinggi penghargaan. Kita diberi kursus berbelas2 kali. Objektifnya tidak lain, adalah untuk mempertingkat KUALITI DAN PRESTASI. Namun aku kembali termenung sepi, KITA kembali begini seperti kita tidak pergi kursus yang dihadiri. Aku prhatikan teliti, bukan salah kerajaan kerana perkhidmatan lambat, tp salah KITA kerana tidak menyumbang kembali apa yang telah diberi. Alasan oleh KITA = BIASALAH TU.... erk biasa? aku bencikan sebuah kebiasaan dijadikan sebuah alasan menghalalkan cara...

Yang masih mencari kerja kerajaan,
Terbongkok2 mencari, dan terus memohon
kononnya masuk Unibersiti untuk kerja bagus dengan menjadi kakitangan awam. Padahal kat U dulu, entah apa dilakukan. (nada marah dan kecewa) Fikir2kan, kita mementingkan rakan yang sering mengajak kita untuk bermalas-malasan sehingga terus cuai dengan masa hadapan. Alasannya, engkau bolehlah, aku lain engkau lain...tapi penghujungnya, matlamat tidak pula LAIN, masih nak jadi org yang berjaya...berjaya = kerja baik. Entah siapa perlu dipersalahkan...yang berpendidikan tinggi ni pun sukar untuk diajak berjuang, lagilah mereka-mereka yang BIASA2...aik tapi kawan aku pun berpendidikan tggi, tapi dorg still cakap aku ni BIASA2 je? camne tu ye?

Kerajaan begitu peka dengan isu ekonomi, tepatnya isu semasa... isu graduan yang ramai menganggur diberikan pelbagai jalan untuk membuka perniagaan sendiri. Malangnya, hanya beberapa sahaja (boleh dihitung dengan jari) bergelumang dengan cabaran dalam perniagaan ini. Rujuk laman ini yang mencatatkan penurunan kadar pengangguran pada tahun 2010.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm Tinggal 3 rtus ribuje yang menganggur....(je?) Bumi Malaysia sangat luas, masih banyak peluang untuk kita raih, kenapa mesti mengejar sebuah kesenangan yang BIASA??? kita raja ditanah ini, lakukan sesuatu utk tanah ini...berniagalah rakan2 agar kita boleh maju kehadapan agar M terus gemilang membawa panji2 Islam. Rezeki datang dari 90% usaha perniagaan, kenapa kita tidak tergolong darinya? KITA gemar mengatakan Halal dan Haram,...mengatakan itu dan ini pada sebuah ketidakpastian tanpa sekelumit kajian. makan gaji buta tanpa melakukan kerja Halal kah?

Peluang perniagaan sangat luas rakan2...
Datang bersama pakej pendidikan seperti kita adalah satu BONUS yang tidak ternilai...
Mengapa perlu kita mensia2kannya dengan menjadi BIASA?
Cari dan kejarlah peluang yang ada, jika sudah pasti peluang yang tiba, kajilah terlebih dahulu sebelum memutuskan kata...
Aku bukan sesiapa untuk (aku bukan artis - kata nurul fatiha firdaus shbt hebatku) mengatakan aku insan hebat untuk mengatakan KITA semua haprak kerana berfikiran BIASA.
Tetapi aku sentiasa mahu mengajak KItA melakukan sesuatu yang lain didalam keBIASAAN kita...

Ayuh bangkitlah teman....tinggikan pendidikan masyarakat dengan peluang perubahan demi kebaikan Agama, Bangsa dan Negara...

Kerna dengan penggunaan BERPENDIDIKAN lebih mudah mengutus perjuangan!
Kerna negara kita merdeka dengan BERPENDIDIKAN
Kerna kita tidak lagi ditindas dengan BERPENDIDIKAN!
jadi kita yang BERPENDIDIKAN  perlu berjuang dengn lebih hebat utk mendidik masyarakat agar lebih berfikiran BERPENDIDIKAN!

Jadilah kita yang berfikir seperti mereka yang benar2 BERPENDIDIKAN...bukan KEBIASAAN!

Mengkaji setiap kata, mengkaji setiap laku, dan segala2nya agar kita tidak bisa...menjadi penumpang diBumi sendiri...lalai dengan keistimewaan dan kebiasaan...

Ahad, 20 Februari 2011

Bukan Aku Sendiri...biar ianya menjadi KAMI

Sesungguhnya aku tahu apa yang aku perlu
Aku jelas dalam terang, apa yang aku mahu,
Tingkahku, Lakuku, Diamku, Akalku, Madahku,
Dan segalanya...itulah Aku

Namun,
Aku kembali sesak
Menangis dalam kesenangan
Lelah dalam lajunya nafasku

Perubahan,
Aku tahu, aku perlu brubah sebelum mengubah orang lain..
Tetapi jawapannya sudah tentu
Seakan memberitahu, perubahan itu sesuatu yang perlu
Berubah, berubah, berubah
Balik2 berubah

Fikir....
Kalau...
Sekatan perubahan kembali dan terus mencanak
Tumbuh akan cendawan yang hauskan hujan
Langkahku terhenti
Semangatku mati

Kerna kehadiranku
Tidak disenangi
oleh manusia yang baik 'budi'
Mungkin juga baik pekerti...

Siapalah aku berkata betul atau salah
Berkata Benar atau Buruk sesuatu kejadian
Aku hanya pendukung nikmat tidak terhingga ini...

Sayang...
walau aku tahu apa yang aku perlu
Namun tingkahku sama sekali kelu
Madah tekad besi ini menjadi layu...

Pada sejarah silam
Pada tabiat ngeri
Pada semangat yang umpama tahi
Pada kata yang gayanya seperti menarik undi
Pada yang sering membenci
Yang ianya bukan milik diri ini tetapi KAMI

Ya Allah
Aku kembali kepadaMu ya Rabbi
Terangi hati ini
untuk terus berbakti
Yang bukan layaknya seperti si pemerhati
Tetapi seorang Pertiwi

Yang bisa lagi berdiri
Bersama pedang sakti
Mencantas segala dakwa dakwi
Menerobos sebuah halangan diri
Yang benar2 menguji
Bersama panji2
Yang dihiasi beribu niat yang murni

Tetapi...
Ya Allah
Benarkan aku kali ini

Agar Aku BUKAN sendiri....
kerna besarnya perubahanku...
Besar lagi kejayaan..
BERSAMA2 KAMI...

Amin...

Khamis, 27 Januari 2011

Mr. & Mrs. Bulat

Terima kasih buat Mr Bulat yang menemani Mrs Bulat selama Mrs Bulat memerlukan Mr Bulat. Dimana ada Mrs Bulat, disitu ada Mr. Bulat. Menangis atau ketawa...

Buat pertama kalinya,
Mr. Bulat ada seseorang yang istimewa dalam hidupnya...
dan Mrs Bulat buat pertama kalinya ada insan istimewa yang bernama Mr Bulat hahaha

Benar,
Mrs Bulat mengimpikan seorang putera kacak, lengkap berpakaian kemas, putih, diatas kuda putih dan sebatang ros di tangannya...
Yang kata-katanya laksana pujangga hebat dari tanah Arab...
Yang mana tingkahnya bak kuntuman mawar yang berjatuhan...
Yang tangannya bisa memberi sebuah mercedes yang tidak ternilai...

Pun Benar,
Mrs Bulat pernah merasai detik2 yang menggembirakan...
Bersama sang Putera kacak dari kayangan,
Namun bukannya sebuah kebahagiaan yang dicari tetapi sebuah kebimbangan yang sentiasa melanda diri
Kesetiaan berkati-kati diberi, dan sebuah kecurangan sebagai pengganti kepada yang menanti

'sakitnya'...jerit Mrs Bulat didalam hati...
Dari jauh, entah siapa menangkap dengan kemas sekali...
sentiasa disisi dan terus mengubati
walau dengan pasti sudah beberapa kali Mrs Bulat khianati
sebuah persahabatan yang tiada tolok ganti

Bertahun, keberadaannya tidak memberi erti
Hanya berada ditepian kali
Mr Bulat seakan tidak pernah kenal makna difahami
Hanya Memahami dan terus memahami

Terima Kasih kepada masa yang memberiku peluang mengenali
Bisa menyayangi
dia yang bernama lelaki
mr Bulat yang dicari
yang telah tersedia menanti
mungkin setiap hari...

Mrs Bulat berasa sangat dilindungi
dikasihi
disayangi
dan yang paling penting..mungkin sebuah janji yang akan dimeterai
tidak lama lagi...

Buat Mr Bulat,
satu yang perlu diingati
Dont Worry!

InsyaAllah
Mrs Bulat telah memahami...
apa itu sebuah cinta sejati...

semoga Mr dan Mrs Bulat akan disatukan Satu hari Nanti...
Amin...

Mohd Syallihin Bin Mohd Sa'ee
Awak berbeza...
sebab awak satu2nya Mr Bulat saya yang saya tak tahu mana istimewanya...=)

ikhlas:
Mrs. Bulat...

Isnin, 27 Disember 2010

Hariku juga hari kamu

Terkadang aku agak kecewa dengan sikap manusia sebangsa denganku. Dan mungkin, tanpa aku sedari aku juga begitu. Aku sering mencari jawapan yang berada dihadapanku. Cerita akan jawapanku seakan panjang dimamah sejarah yang dilaungkan. Walhal ianya sangat mudah diterjemahkan.

Namun aku kembali berfikir, siapakah aku untuk mendapatkan jawapan yang hakiki kerna ianya bukan milikku. Hidup, berputar, di atas dan dibawah… siapa yang di atas dan di bawah. Mengapa kita perlu pincang dibumi sendiri? Merenggut kuasa dan hormat yang hanya sekadar mimpi ngeri di akhirat nanti. Jalanku setiap hari, melihat berbondong-bondong manusia dihadapanku, yang turut mahu menyudahkan harinya. Mungkin ada yang berguni dugaan menimpa. Mungkin juga dilamun cinta dan sebuah keuntungan yang tidak mahupun dijangka… aku sesal akan dugaanku… tanpa aku sedari dugaanku tidak seberapa. Aku geram, akan manusia sombong yang berada disekelilingku tanpa aku sedari ada sebuah kesabaran disitu. Aku marah, akan ketidakadilan yang sudah aku perjuangkan. Aku sedih saat aku melakukan sesuatu yang tidak patut aku lakukan, tanpa aku fikir akan dimana aku berada sekarang

Hari ini, bukan milikku seorang. Hari ini juga adalah milik kamu. Aku lemas… akan impianku…saat aku mula menganggap setiap hari yang mendatang adalah milikku. Bagaimana besarnya impianku, kemahuanku, mahupun harapanku… begitu juga berbondong manusia di sekelilingku. Mengapa semua ini terjadi? Kerna bukan aku sahaja didalam hariku…tetapi hariku juga milik kamu,.. tegasnya kita berkongsi hari tiap hari, dan disini kita berkongsi berjuta cerita yang lahir dari masa…
Semoga aku tabah menghadapi perkongsian hari antara kita… tanpa perlu dikira bertapa besarnya cerita yang aku bawa… kerna besar lagi cerita milik kita hari ini. Hari ini…

Sabtu, 18 Disember 2010

SHE, HE AND THEY ARE MY FRIENDS…


Aku ramai kawan… Bermacam ragam dan mengajar aku erti sebuah persahabatan...
Kepada semua sahabatku…
Rasanya tidak terlambat untuk aku ucap TERIMA KASIH sebab jadi kawan aku…
Korang memang best sebab tulah boleh jadi kawan aku…he3..
walaupun aku tahu terkadang aku buat benda tak best kat kawan2 aku ni hu3…
ENTRI ni aku create khas untuk mereka yang memang ber meaning lam hidup aku…
Betul orang cakap,…mase dekat dan bila dia bersama kita, tak de rasa apa pun.
Tapi bila dah jauh..
Baru teringat dan terfikir bertapa besarnya mereka yang bernama K.A.W.A.N ni…

NURUL FATIHA FIRDAUS BTE ROSLAN


Dye ni kwn aku zaman UMS… senang nak ckp dye ni LAIN sikit… kecik jerk orgnye. Tapi dye HEBAT. Dan kawan yang terbaik pernah aku ade… sentiasa bersama aku, perkara yg aku paling ingat sal dye~time aku ada public speaking kat anjung siswa… Punye aku ngah kecut wat benda bangang atas stage, dye hilang kat bawah meja, rupenye dye lagi malu dgn benda bangang yg aku buat..haha… sangat focus dalam kerja, n aku senang berkawan dgn dye… dye tak pernah tinggal aku sorg2… tat things yg aku tak boleh nak lupa… matang walaupun dye panggil aku ‘kak’ (ermmm>>>bebudak lagi aku upenye)… sayang sangat kat dak kecik ni.
NOOR BADRIAH ZOLKFREE

Dye ni plak kawan aku time praktikal kat PUSPEN Tiang Dua Melaka, bukan bermaksud aku nak ckp dye ni bukan kwn aku sebelum ni, tapi kami lebih rapat kat sini. Orgnye comel…hek3… suke gaduh ngan dye. Pastu gi sttle kat UMBAI haha…ko ingat tak Bad? Dye ni, Byk bantu aku time praktikal dan skrg dye dah pun melangkah ke alam pekerjaan yg setaraf dgn pendidikan kitorg…tertinggal aku di blkg, masih cuci toilet Pizza sob s0b sob…tahniah beb! =)

NUR SYARMILAH BTE RAMLAN

MILAHOK, name glamour utk  mereka yg rapat. Dye ni room8 aku mase kat UMS, blok E 2.06 bilik keramat kitorg. Kdg2 aku rase dye ni tersalah amik course, sbb dye ni mmg tempat meluah perasaan yg paling efektif pernah aku ade…bgus dye jadi kaunselor cm aku (<< aku yg perasan). Sgt2 memahami dgn keadaan incongruence, seorg yang penyayang dan melucukan. Pekerjaan yg sesuai utk dye mengikut ujian kerjaya Holland~ PELAWAK. Hahaha… cantik dan setia dengan pakwe dye. Miss u a lot hok!

HARIZ FAISAL BIN ABD HALIM

Orang Kuat PROTOKOL iaitu Datuk Ariz, dia ni mai dari Kedah… mmg bakal politician satu hari nanti. Beruntung sgt aku dapat kenal dgn dye. Caring, focus dgn kerja, berwawasan, dan komited. Dulu masa aku temuduga dye as my secretariat PMSPKS, aku cm tak heran la sgt, sbb dye ni tergagap2 jek lam interview. N hampir kena reject pun dgn aku. Tapi tup2, dye jadi secretariat under aku n mungkin nilah juga yang menyebabkan kami rapat dan bermcm2 kenangan kelakar sepanjang pershbtan kami. Betol2 dye banyak bantu aku. Nasihat n dorongan dye mmg tip top. Ayat dye yang paling aku ingat “takde pe yg tak boleh, kalau kita cakap boleh, mesti boleh” dan  “mak datin, sabar boleh tak?” dye ni pun antara salah seorang kawan aku yang HEBAT. Cayalah! See u at dewan parlimen ye datuk… tapi skrg ni, bila semua bz dgn matlamat masing2, kami agak jarang berhubung..sedeyh…

AMRANDY BIN MUSLI GIBA

Okeyh…dye ni pulak kawan aku yang juga mase UMS lu, (padahal dr tadi semua dr UMS hu3)….pernah ada cerita antara kmi,  Tapi tu cerita lame, dan kitorg kawan baik skrg ni. Dan lebih baik mcmni… budaknye mmg kelakar n baik hati. Handsome boy la gamaknye…tu yg dulu tersuke haha (konon uwek)… same2 study, n suka bantu org mase kesusahan. Low profile dan aku sgt selesa berkwn dgn dye…

GERALD TERENCE SAIMEL

Anak TYT…gelaran yang aku bagi kat dye. Seorg yg perfectionist… dye ni gak kwn yg baik… byk kenangan kitorg…pantai, jatuh dalam kolam, study kat mcD, tanjung Aru, ABC, pinggul ayam, n sebagainya.suka bercerita dngan dye, seorg shbt yg memahami dan penuh dgn idea kreatif. Suka dgn kamera berkuasa tinggi (ho3) …wat eva nice to being one of best frend to u…

HARMILAH BTE HJ MASRA

The Tokeyk man…hek3 juga salah seorg rum8 aku. Dulu selalu aku tak puas hati dgn dye. Yelah kgkawan kan, ade je yg tak kena. Tapi dalam diam, aku sgt syg dye as my adik beradik kat UMS. Tarikh lahir pun kurg sehari dgn aku 14hb OGOS ****. Seorang yang sangat setia dalam persahabatan. Aku suke makan dye punye telur sambal dr kampong (KUDAT) smpai sekarang aku tak dapat jumpa smbal sesedap yg dye bawak. Benda yg aku tak boleh lupa bila aku tahu yang dye pun selalu sakit hati dgn aku hu3…la rupe2nya… takla, actually aku selalu igt kenangan bila kitorg (aku n milahok) tinggalkan dye dgn anjing. Nah sibuk sangat selamatkan beg tnpa hirau keselamatan diri sendiri. =P

MOHD SOFWAN BIN SHAARY

Wan ni pun asal dari Kedah, geng buat assignment dan study group. Seorang yang matang dalam menghadapi sesuatu situasi. Boleh lah dikatekan gentleman. Untung sape dapat dye, amik berat dengan kgkwn dye. UMO dye pun lebih tua dr kitorg. Suke men futsal n bola. Jaguh bola dye ni. Pandai cari duit poket sendiri, walaupun dye anak bongsu. Dye selalu cakap dye dah MATANG…huhuhu… dan dye juga seorg kawan yang baik, sebab bagi aku sumi jenama GIANT mase birthday aku…besar nilainye tu…

SITI FARIDAH MESBAH


Mak cik yang paling muda pernah aku ada, aku panggil dye CIK. Merangkap classmate aku gak. Dye nilah yang aku usung sane sini time kat MELAKA nun. Seronok ade makcik semuda dye ni. Gila2 pun ade gak. Geng keje kat MCD Dataran Pahlawan. Kitorang pernah kena tahan dengan polis sebb ade sekatan jalan raya…3 kali beb, aku lak tu yang bawak…(lesen L yang telah tamat tempoh) hah kau pandai gak menggigil ek?! Dye suke tolong orang…thanks being my MAKCIK…hehe

IYLIA BTE MOHAMAD


Firstly kenal iylia masa kitorg sama2 bertanding untuk kerusi PMSPKS 08/09. Orangnyer cantik…dan excited dgn kerja yang die buat. DULU kitorg pernah bercekau sebab hal dalam Persatuan…biasa la tukan,..sedangkan lidah lagi tergigit… cool… she is a nice person actually. Dan sekarang kami boleh jadi baik…musuh yang disayangi hu3… dye dah jadi setiausaha JAKMAS E da…dulu S/U PMSPKS. Seorang yang bertanggungjawab =) thanks sis… keep fighting for kebaikan mahasiswa UMS!

ALIF HAFIZ BIN ZAMHARI

Berkaca mata… kuat membebel dan juga kuat bekerja…hehe… satu team untuk fit up aero.. kawan yang membantu bila diperlukan… antara kawanku yang terhebat. Dye ni ex YDP PGuru thun 08/09. Cayala…

LIEW YUN YEE

Geng PMSPKS 08/09, kawan classmate, dan assignment. Best kawan ngan dye. Sgt caring dan serius dalam belajar. Ingat lagi mase satu group assignment dgn dye untuk ujian dan pengukuran…kelakar… huhuhu…ingat gak mase same2 outing kat 1Borneo dgn dorang Doreen n Teha. Beronggeng kitorang untuk dance game n mkn KFC…seronot…
MOHD SOLEHAN SHAH
Dye panggil aku TUN…Dalam Facebook name dye soulehan he3… dye ni dah jadi Tan Sri (PRESIDEN) kat SPKS dan sepertinya juga di UMS. Seorang yang bz amat2. Menggantikan tampuk ku… dan bakal jadi seorang yang lebih HEBAT mungkin di peringkat MPP. Hanya jangkaan, masa depan kita tak tahu kan? Solehan, walaupun kami tak serapat aku dengan Hariz, ko tetap sahabat ku… terima kasih menjadi sahabat… dan dia adalah kepala yang meneruskan perjuangan Persatuan (kini PERISAIKIK), also keep fighting for u..
MARDIAH



Junior psikologi kanak2 yang positif dan seorang yang komited dalam tugasnya. Seorang yang terbuka dan memahami. Matang, seiring dengan usianya (cm aku) matang ke aku???.. walaupun dye ni junior, n bz. Dye tak pernah lupa akan tanggungjawab dye. Seorang yang professional dalam kerja. N mmg beruntung berkwn dgn dye… Mardiah, terima kasih sentiasa bersama Persatuan. Dan tak jemu membantu ku… thanks a lot jadi AJK dan S/U yang terbaik…dye ni S/U Persatuan SPKS skrg. Berkat komited dalam tugas…dye mendapat kepercayaan oleh warga SPKS dan seterusnya UMS. Kawanku yang HEBAT!

HAFIZAH BTE MOHD YUNOS

Room8 aku yang berasal dari Sandakan, Sabah. Dye ni jururawat paling top dalam bilik. Asal sakit je, mmg dye yang tolong aku. Picit2 kepala, bagi panadol, bgi minum air 3 kul bila aku sakit gigi, dan seorang yang sgt caring dgn kawan2 dye. Suka beli dan baca novel, pembersih (sebab dye je yang rajin kemas bilik pas bangun tidur hu3), n romantis. Hehe..  Pemurah, dye suke blnja kami (rum8) sbb kitorg ni cepat jek sengkek berbanding dye… benda yang aku tak boleh lupa bila aku ikut dye balik beraya kat BEAUFORT. Aku kenal family besar dye…dan aku rase macam family aku sendiri. Best sangat kenangan tu…rindunye kampong BEAUFORT…dT.Tb

JENALYNN BTE ZUL

Juga rum8 aku…dye ni baik tau… sekarang dye dah pakai tudung, makin cantik aku tgok… asal dari Lahad Datu. Kalau dye tension, jgn kacau…ekekeke takutttt… dye pun caring. Dye kakak dalam bilik kami. Pandai masak, sedap tau. Walaupun masak guna periuk letrik. Aku yg diet time tu pun boleh makan bertambah2. Tak boleh lupa dye masak kari ikan masin, fuyyo… 5 bintang la! Selesa bercakap dengan dye. Rindunyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

MOHD AMIRUL BIN ROSLI

My adik…n also my kawan. Start kenal mamat hensem ni mase family day SPKS 2009, mase tu program lambat sikit bemula, mengelakkan waktu senggang berlalu tnpa pengisian…aku take over 4  a while. Bagila dak2 junior ni nyanyi lagu bertekad cemerlang dgn jayanye, tup3 baru tinggalkan 2 minit dah bercekau lam bilik seminar tu. Dak Ayie ni la punye kije.huhuhu….then kami teruskan perjuangan mase program bubur lambuk, dan semakin rapat mase tamu gadang (booth SPKS). Macam2la… he is very caring person. Tapi dalam tanggungjawab program atau persatuan ade carca marba sikit…hu3 sorry berterus terang lak. Over all, seorang pengikut yang baik. Untuk peribadinya…terima kasih dik banyak tolong masa minggu graduasi akak… =)
SAIFUL AIMAN

Juga dikenali as A.J… dia ni dah jadi deejay KKFM UMS dah. Budak ciki2 ni aku kenal time booth SPKS kat TamuGadang. Kawan dak ayie ni, geng debat Kolej IP. Soft,..kelakar tapi sangat komited dalam tugas. Honestly, jarangla dye buat aku kecewa dalam tugas yang diberi. ceewah… sebab tu dye terus mara kehadapan…(sambil angkat kening berkali2). Pandai bercakap tapi mengikut keadaan…=) A.J thanks bro for everything…teruskan jadi antara yang HEBAT!

SAFIRA

Also my adik hasil program2 yang dianjurkan sebelum ni… kuat bekerja dan baik hati. Hehe… geng pegi karoks n tgk wyg mase zaman kegemilangan ariz kuat belnja dulu..haha…. rindu dgn dye ni… what eva thanks sis, sbb selalu berada diblkng akak…=)

MOHD AFIZUL BIN MOHAMAD

Diam tak diam, aku mengkagumi jejaka ini..cehhh. Dye ni senior course aku dan antara tunggak keaktifan aku mase kat U dulu. Dye tak tahu pun, sebab aura pun dah cukup buat aku bermotivasi… sekarang ni, dye dah jadi pegawai Psikologi kat UKM. Hebatkan? Memang serius dalam kerja, dan serius gak dalam gegila..huhuhu. Segalanya bermula bila aku start berkerjasama menjayakan TamuGadang -10 dibawah pimpinannya. Tak caya aku diberi kepercayaan pegang something yang berat dengan pengalaman yang ciput. Pening gile aku time tu, ari2 sakit kepala menggalas tugas untuk event yang besar dan memakan masa seminggu. Tapi pengalaman ni membuatkan aku terus mara…wah bersyukur sangat mengenali abg Pijol… ayat dye yng tak boleh nak lupa HEBAT!

SULFAISHA SULONG



Dye ni timbalan abg kedua Abg Pijol masa Pesta Tamu Gadang ke-10. Seorang sahabat yang caring dan komited dalam tugas. Juga kelakar. Ingat lagi mase dye n d geng Tamu Gdang buat surprise dgn nyanyikan lagu Birthday kat aku. Dye pun telah bersusah payah belajar main piano utk lagu birthday yang ntah berapa keratnye tu selama satu malam. Huhu… terima kasih pesa. Segala bantuan sgt dihargai… =)

MOHD FAZLURRAHMAN

Atau FALO, dye ni budak aktif UMS, dan mantan Timbalan Pres. MPP 08/09. Budak fofular mase zamanU… rasenye satu U kenal dye ni. Kecik je dye ni, dye gak yang banyak bagi nasihat at aku time memula aku jadi pengarah untuk event besar time tu. Seronok kawan dengan dye. Also salah seorang kawan yang hebat. Thanks beb atas perkongsian…peace V

AZLINDA

Ni minah yang duk Sg Mati. Dye ni kawan aku kat Pizza Hut. Aku selalu serius bila berkerja dengan  dye. Huhuhu… Mungkin buat dye berkecil hati. Sorry sis. Akak Cuma nak letak gab, sebab kita baik diluar kerja. Happy go lucky person. Selalu senyum, sesuaila nama Avril smile always dalam FB dye tu… kawan yang baik, dan comel… peace Az… V

SHAFULIANA BTE KAMIRIN


Walaupun dye tak tahu kehadiran entry ni, aku tak kira…aku nak gak gitau thanks to be my frend. Dye ni kawan baik aku kat kampong. Antara 3 anak dara pingitan Kg. Sri Dalam satu ketika dulu. Geng main2 pondok2, geng keje lepas SPM, dan geng kampong aku sampai sekrg,..Cuma lain  sikit dah sekrang (tetiba sedih) sebab dye dah ade suami merangkap sudah pun berkahwin. Dua bulan lepasla kekirenye. Aku yang jadi pengapit dye. Nana,..aku rindu zaman bebudak kite dT.Tb…

FAIZAH BTE NGAINAN
Depan: 3 dari kiri..tu la Faizah
Hehe seharusnya dye juga adalah geng 3 anak dara pingitan kat Kg aku… dye lak dah tunang, aku je belum…ekekeke… dye kawan BAIK aku sejak tadika, sampaila kitorg terpisah mase dye smbung Politeknik kat Merlimau Melaka. Banyak sangat kenangan aku ngan dye. Sampai kitorg digelar kembar mase zaman sekolah dulu. Sekarang ni dye dah jadi Manager kat 7 eleven Batu Pahat. Benda yang tak boleh lupa mase darjah dua. Dye boleh biar jerk kucing makan bekal makanan yang mak aku bagi depan mata dye…hangin… also rindu sama ini budakkkkk

NOR AZLIN BTE MAZILAN

Dye ni ibu kpada Mohd Asyraf bin Mohd Sani. Dyela antara kawan2 aku yang cepat sampai jodohnyer. Dye ni geng sebelah kampong aku (Pt No. 5). Kitorng kawan sejak sekolah agama lagi. Start rapat bile kitorang selalu lambat hafaz surah untuk penilaian akhir tahun sekolah agama. Hu3. Balik2 hafaz surah ad-Dhuha je yang kami mampu time tu… si ibu muda ni terkenal dengan kenduri-kendara. Asal aku cuti balik kg je, mesti dye tgh buat kenduri…huhu bestnye makan…lalala…wat eva aku tak boleh lupa kenangan kitorg sama2 naik lori utk sambut hari kemerdekaan kat Tanjung, Muar mase zaman2 bebudak dulu… mmg best… =)

PUTERA MOHD NAZRI

Kawan yang hensem (mengikut hasil surveynye). Seorang Pemikir dan banyak berfikir. Kadang sering keliru dengan apa yang difikirkan kerana terlalu banyak berfikir. Mungkin bakal pengganti Elbert Einstein kot..huhu. dye nig geng study group tingkatan 6 aku dulu2… dan akan jadi bakal guru tak lama lagi (kat UPSI). Perkara yang tak boleh lupe bile kitorg selalu study sensama dan dye selalu salah bls msg sebb apa yg difikirkan akan terus ditaip tanpa mengira siapa si penerimanya =p

NOR HEDAYU BTE TUMIAIN

 Entah dye ingat aku lagi tah...dulu sesame makan kek mase birthday aku. ayu suke blnja mamam...comel tau dye ni, suke bercakap. Pandai Matematik...ingat lagi kenangan gi kolam air panas bersame minah sorang ni dgn Faizah...she is also my nice friend...=) 

SITI HAZLIN ANEN

Kawan baik yang lama dah tak contact dek memburu impian masing2…kawan tgkatan 6 dulu2.. sekrg dy kat UPM, dan bakal jadi guru Kaunseling. Cantik orangnye… very the caring person. Ape yang tak boleh nak lupe = kancil + merah hati = lilik. Hehe… tapi tak tahu lagi kancil tu masih ade lagi tau tak… rindu nak borak dgn dye =)
NOR HAFIZA BTE SELAMAT

Kawan sebelah kampong gak, kawan masa tadika sampai la masuk U…bezanya kami rapat mase tgkatan 6 n mase memula masuk U. Hehe…dye ni sangatla comel dan jadi tempat luahan perasaan kecewa dalam percintaan aku satu ketika dulu… dan sekarang aku pasti dye pun cam aku keep fighting utk kerjeeeeeee…. Miss u a lot…
NORHEDAYAHHAMIDAH BTE HAMIDON

Dye ni lurus orangnya…kuat berjimat dan seorang yang focus dalam mengejar matlamat. Dulu mase zaman U, dye yang starter ajak2 aku aktif bagai sane sini join program… pastu lama2 dye slow…tumpu pada study. Bagus orgnye…baik…. Ehehe semoga cepat dapat jodoh yang soleh ye Midah… =)

ARINE SYAFIQA BTE AHMAD

Si gadis Nurse ni kat Sabah… cantik orangnye, lembut, tapi kalau start marah dye, jangan Tanya kenapa… eee takut. Happy kawan dengan dye, dulu mase aku lari dr rumah (sebb gaduh dgn abg-pecahkan hp) aku duk uma dye utk 2 hri. Kelakar betul… kitorang study sesame utk exam pertengahan tahun tingkatan 6. Study dengan gegila bagai depan mak dye… ketwa je time tu..ntahla kenangan ni tak kan luput dr ingatan.. thanks both of u (=mak cik)…

SHAHARUDIN BIN RAMLAI @ RAMLEE

Din…kawan baik pertama aku yang berjantina lelaki. Kuyu jerk mate dye. Sekarang dah lost contact. Ntah tak tahu mane dye sekarang. Ingat lagi mase kitorg study sesame mase form 6 dulu. Rajin sgt dye belajar. Tapi takde rezeki dye masuk U. tapi dgr2 cite skrg, dye amik Tentera. Bangga aku dgr kehidupan dye skrg. Mungkin semakin bahagia, sebab tu lupa kat aku…sob sob sob. Tak leh nak lupa mase kitorg kejar bas gn skuter kakak dye. Punye la besar aku kat belakang terlambung2 dek kejar bas Lian Hoe tu (tak wujud lgi dah skrg).
NOR AIN BTE HANAPI

Dye ni anak buah abg ipar cheq… sama2 beronggeng kat pizza hut. Satu hostel ngan dye. Lembut jerk orang nye. Aku jahat sikit at dye, sebb aku panggil dye bini Popeye si Olive tu…sebb kurus sangat. Huhuhu. Tapi kurus2 dye ni ramai org suke… maybe sebb dye lembut jek… idaman sang lelaki…kot…

SITI FAIZAH

Dak ni pun dak Pizza…orang panggil dye Mak Ayam…sebbnye aku pun tak tahu…huhuhu…ganas tapi baik hati dengan kengkawan dye. Kgkwn dye saje k…nice to be her frend =)

SYAZWAN

Also dak pizza yang tak cukup umur lagi. Sweet boy…yang aku jaga biar tak jadi cam “sir” kitorang hahaha…
DIANA R. AZMI

Until now kami berhubung, sebabnye, dye selalu dahagakn ilmu alam praktikal ni…bgus dak nye..ceh… ingat lagi mase dye bagi frame gambar kat aku before aku balik kg. thanks sis, sebab jadi pengarah MAPS dengan jayanya… salam terus HEBAT!
MOHD UWAIS

Dye ni kawan MILAHOK, classmate dye yang aktif berprogram. Start berkawan dgn dye time sesi fotografi fakulti aku (SPKS)…aku ngan dye bekerjasama buat bisnes. Hehehe… mkin happy bile Minggu Suai Mesra batch 09/10. Bila aku dgn dye jadi Pengarah Bahagian. Dye bahagian pengangkutan, n aku bhagian LDK dan sambutan Ibu bapa…aku selalu tipu dye untuk pakai kereta, takut kena marah…garang tau dye ni…=p sekrg ni dye dah jadi MPP 09/10. Sangat tegas dalam tugas..caya la beb!

ABU HAZRIL

Timbalan si uwais time MSM,.. adik yang baik… sebab dye bagi bintang dalam balang mase birthday aku. Seronok sangat, siap ade nyanyi lagu birthday lagi. Huhuhu… selalu gak membantu jika diperlukan. Semestinya time MSM batch 09/10.Terima kasih Abu… =)

AZIZUL JULIRIN

Ketua Pengarah MSM 09/10 yang aku kagumi. Tingkahnya lembut, kata2nya setajam pedang… antara mereka yang Hebat pernah aku kenal. Peramah dan suka tangkap gambar. Gembira mengenalinya. Dan semestinya perkongsian berguna mengenai Kepimpinan Melalui Teladan tu, akan gunakan sepanjang hayatku… terima kasih azizul… =)

CLAOSTON NARDON

SITON… juga aku kenal mase MSM… kelakar sgt budak ni… dye ni duda Teha… suke makan MCD, suke care dye cakap. Smpai sekarang aku ingat. Benda yang aku tak boleh lupa pai sekrg bile dye kena marah sebab buat kan kerje aku cari senarai Hotel Murah KK. Kesian sgt muke dye time tu. Sangat komited dalam kerja… antara kawanku yang hebat…

SAPERI
Ni pulak si Sap. Kawan baik Siton mase MSM 09/10. Dye yang ajar aku makan fries McD dengan laju untuk rasa kenikmatan. Kecik je orangnye beb, baik hati dan kuat keje. Ingat lagi tarian Pingu dye… kelakar gak macam Siton… rindu kat ekau Sap…

FARAH NABILA

Atau Bell, dye pun geng program besar2 kat UMS. Kenal dye time Tamu Gadang ke 10. Comel tau dye ni. Juga komited dalam keje… antara kawan yang hebat… cayala beb

                                                          NELSON CHEN FAH ONN

Workerholik man i think... kawan yg sentiasa berada dibelakang bila kita menghadapi kesulitan dalam berprogram... Suke jadi Emcee... hehe nice frend...thanks nel..aritu dye nak blnja makan ikan bakar kat KK, tapi tak sempat...tah bile lagi dapat jumpa...

FEZRA AINI

Kakak senior yang banyak membantu tak kire secr pribadi atau pljaran mase zamn Universiti. Baik dn lembut je orgnye. Tk thu aper cerita dengan dye sekarang ni…rindu sgt2… lost contact bile hp aku berkali2 rosak dan sume number pun LOST…arghhhh

MOHD IMRAN

Encik Imrey,… my ex Tmbalan YDP satu ketika dulu… dye pun salah seorang sahabat yang sering bersama persatuan tak kira susah tau senang. Thanks bro… =)

MOHD HAFIZ GOO ABDULLAH

Terima kasih juga kat dye ni. Walau pun kami bukan ditakdirkan untuk bersama, tapi kitorg tetap jadi kawan smpai sekarang. Dan dye yang selalu aku cari bila aku lost… hikhikhik.. maybe good motivator… thanks yer…

MOHD SYALIHIN BIN SA’EE



 Ok, last person…die ni sahabat aku yang selalu membantu aku tak kire ape pun… kalau aku takde dye tak tahula nak jadi ape..huhuhuhu thanks a lotttttttttttttt  v (^___________^) V

DAN SEMUA SAHABATKU YANG LAIN
Sorry sangat kalau lupa nak letak entry ni dengan nama korang, bukan tak anggap sebagai kawan, tapi dah penat menulis…huhuhu… korang sume mmg the best… TERIMA KASIH SEKALI LAGI jadi kawan cheq… saja nak menulis agar korg tahu, aku tak pernah berniat untuk lupakan korang atau tak menghargai persahabatan kite. Cuma kadang2 aku tak tahu camane nak tunjuk… love u all…

Countdown