Selasa, 17 Februari 2009

Perlukah sebab dalam bercinta?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Ini dialog mereka :-
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.

Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

ini bukan AYAT AlQuran

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah yang balas jasa baik....
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran......Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..................Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis"Surah Injilu Matay"(Terus reject)Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini...Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya padarupanya sahaja tetapi tengok dan sel id ikilah isinya juga... tengokkeseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untukmenghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimahAl-Quran......sebenar ayat Bible

Isnin, 16 Februari 2009

Disebalik nama

Apa guna pada nama?
Nama aku Hedayah...nama yg ibubapaku beri sgt disesali satu ketika dahulu...seawal usia 6 tahun,aku bertanya pada ibuku, "Mak nape name kita hedayah?kan ejaan tu hIdayah?...apela mak ni...lain kali letaklah nama sharifah shahira (pelakon)ke, shawati ke, shahora ke, nama yg mak bagi ni lgsung tak sedap mak"..itulah pertanyaan ku satu waktu ketika aku bergelar kanak-kanak tadika...ibuku tidak pantas menjawab pertanyaanku tapi sekadar berlalu tanpa kata. Mungkin bosan dengan pertanyaan manusia yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat kehidupan yang lebih bermakna berbanding nama. Namun aku tahu nur hidayah bermakna cahaya petunjuk...tapi nama aku nor hedayah? camne tu? persoalan yg hanya aku tanya bila aku ingat...saje nak tanya tanpa mahukan input. Sekadar menunjukkan protes tanda tidak suka pada nama itu yang kedengaran sangat biasa...2 be continue...

baru buka blog ni...

ee...dapat buka blog sendiri...epynye aku...
nak tulis ape pun tak tahu.
sebab bab menulis n bercakap ni memg tak pandai
perlukan asahan lagi
tapi jgn risau aku akan terus memperjuangkan blog ni selagi ianya benar...InsyaAllah.
org cakap blog ni agak kontroversi pai barisan pemimpin pun takut.so, tak salah if aku mengambil lgkah berjaga2...wat eva aku sgt teruja dgn kemunculan blog aku ni...yela buta IT...huhuhu