Jumaat, 16 April 2010

UMS...22 hari like 22 saat lagi...

Aku imbas balik perjalanan hidup aku selama mana yang agak2 23 tahun lepas...from aku kecik (kecikla konon) pai la aku besar bagak ni (besar sgt la plak). Start aku lalui pelbagai rintangan menghadapi cabaran dan kekangan dalam diri. Aku tengok, semua yang aku rancang (macamla  aku merancang ha3) especially dalam perhubungan mesti tidak seperti yang aku jangka. Dan setiap kejayaan yang macam2 nampaknya telah berjaya bukan sebenarnya aku jangka atau layak berada ditempatnya dan bukannya benar-benar berjaya.

Aku teringat pensyarah Kaunseling yang sangat aku hormati (kredit 4 Pn Puteri Hayati Megat Ahmad), beri aku suntikan yang selama ni aku lihat sebagai kelemahan orang yang tak nak berusaha... senang je bunyinya, tapi mampu tak kita buat dengan ikhlas? the word is "Sabar" the things i actually cant to do... what ever yang aku wat selamani pun haramnya ada kesabaran dalam keikhlasan... susah tu weh, sabar dengan ikhlas... fuhhh boleh berapi tu telinga aku...sedang aku cuba aplikasikan~

Aku ingat lagi azam aku setiap tahun, macam-macam aku nak jadi, nak jadi kurus macam Fasha Sandhala (xsuke attitude dye), nak ubah diri jadi matangla, nak jadi orang cemerlangla (geli lutut aku dgr), nak tulah, nak ini lah...nak jadi orang yang tenang untuk tahun ni (2010)... dan aku nampak kunci pada ketenangan ni sebenarnya~~~ iaitu kesabaran... aku imbas balik, aku ni memang tak pandai nak sabar, dalam try nak tenang pun takde kesabaran kat situ. Kalau nak cakap, bertindak, ataupun berfikir semua aku nak cepat jer. Aku teringat ex P.A yang selalu membebel kat aku dulu 

Cik Dayah... Ko boleh bersabar tak? sabar sikit boleh??? 
 Dan seperti biasa aku wat donno je (donno yang masih perlu aku buang), ermmm semalam dan minggu ni dua orang aku reject untuk jadi boyfriend aku (konon),...tiba2 je aku jadi kejam dengan kata tidak...sorry dan baru aku faham apa tu nama dia bukan tak sudi tapi tak de hati. Ha3... u have to know me first. Perangai aku terutamanya...bila aku fikir balik, memang patutpun aku selalu tak berjaya dalam perhubungan...kadang-kadang frust tertonggeng2 kat bawah meja, rasa sedih la, kecewala konon...aku ni masih belum layak untuk bercinta, memegang amanah menyayangi dan menyintai...mahu diri disayangi dan dicintai. Sedangkan adakah aku benar2 melakukan perkara yang sama? menuntut pemahaman dari mereka yang bernama lelaki, manakala aku? benar2 faham atau sekadar bercanda besar dengan rasa pasti... hidup aku pun belum terurus lagi beb, perempuan ke jugak aku ni...ermmm... dan hanya keluarga aku tahu siapa sebenarnya aku ni...eceh Superman lah konon...(sebenarnya tepat 12 malam aku akan bertukar, bertukar menjadi sesuatu mahluk yang amat ganjil, dan menghisap darah, makan budak, jaga2....alalala). Tension tu beb, asal aku balik kg, tu jela org dok tanye, bila aku nak tunjuk teman istimewa (galak aku sakit hati), yela jjiran aku sebaya umur nak khwin dah, ade dh de anak, ade yg kehulu ke hilir dgn balak yang aku rase (eee bengkak kuku aku nak tumbuk), aku ni...ehhh mak aku ckp patut mandi bunga..ha3...mak...dont pandang rendah...hanya yang terbaik  untuk anak mak ni (eceh padahal nak sedapkan hati). Hedayah perlu tahu urus diri sendiri dulu...jaga diri sendiri pun tak pandai ermmm ingat senang ke...

Perangai aku yang sukar dimengerti, tapi sebenarnya sangat mudah diberi erti 

Apala yang aku merapu ni...ermm 3 tahun dah aku kat UMS ni, setelah semua batu, pasir, angin dan segala habuk berterbangan aku tempuh, aku harus melangkah pergi n say BYE2 Sabah...perasaan aku, let me explain~ 'Tak Tahu" haha... becoz sume rasa bercampur...takut dgn dunia baru (praktikal n kerja), sedih dengan yang ditinggal (kenangan kawan2), gembira dengan kebebasan (belajar), kecewa dengan apa yang tak tercapai (nak ade bf dari sini ha3), dan sayang dengan suasana (kat sini kul 6pagi dah cerah, mak aku selalu call n always tanya kat sana dah pukul berapa -mcam oversea la konon ekekeke walaupun berkali aku cakap same je...pai fade up, asal mak aku call je, aku akan cakap- mak,kat sini tengah salji turun dengan lebatnye, terus mak aku fhm tanpa perlu explain.hahaha...yang aku tahu dan pasti UMS mengajar banyak perkara, sangat banyak...dan aku kenal apa tu erti milky tea (erm sedapnye minum time panas...) eh... aku kenal apa tu kepayahahan, kemalasan, kebencian, kesenangan, senyuman, kepahitan, kegmbiraan dan berbagai rasa yang semakin memberi aku rasa dirini dah semakin TUA. Terlalu banyak yang aku perlu tahu lagi...3 tahun kat sini belum cukup memberi erti kematangan...sebab dalam dri selalu sangat mahukan kesempurnaan.

Menghadapi hari2 final exam ni memang mencabar, aku cari masa untuk menghargai apa yang ada...keluar dgn kawan2 bergumbira, gila2 dan berkongsi cerita yang tak pernh kenal mana noktahnya. Sungguh, aku akan merindui saat ini, ketawa kala study diganggu untuk sesi kemerapuan rum8 ku, sesi jiwang karat(kalau sesi kaunseling lak terus hancur berkarat), keluar gi 1B with 16 org dak Kaunseling baru2 ni (Its complicated, kuda ku berlari gagah berani-haha, hari buat hal dengan guard UMS), MABES (dapat anugrh ketua Blok nge3,Tanjung Aru, purple freez geng, tidur depan pintu gate UMS...), dan semua perjalananku, aku perhati betul2...pe yang akan buat aku boleh rindu sgt dengan UMS nnti...setiap langkah dengan rasa berat hati tinggal berapa hari aku kat sini...

Kawan aku tegur baru2 ni, tahulah ko dah jadi sang mantan...tapi jaga la penampilan macam dulu.. ni? apala...punyala aku tersentap...pela bezanya time hari tu, aku cuma pakai sandle n tak pakai celak je dye dah cakap aku tak jaga penampilan.. hampeh tol aku rase...uuu sedih nya aku...ermm tulah namanya aku dah ada identiti,..thanks frend tegur aku...tegur dak yang dipanggil TUN oleh Pres PERISAI...ha3. Dan aku pasti, aku boleh rasa apa yang aku mahukan kalau aku cuba masukkan diri aku kedalamnya, but how? masuk dulu...he3

To ALL my frend room8, SPKS (adik2 tahun1, 2 n kawan2 tahun 3), Semua rakan kolej Kediaman (AB, CD, E, IP, KF also NR), rakan program, jiran miran, yang mengenali diri~ maaf jika aku punyai keterlanjuran kata, setiap gerak yang tidak disuka, dan segala idea yang mungkin tidak kena cara..terima kasih sudi mengenali diri ini... Good luck fpr our future...exam...praktikal, kerja, duit, konvo, kereta, rumah, mak ayah, family, KAHWIN ha3, anak, dan... kebahagiaan dalam sentiasa berada didalam cabaran...=)  keep in touch geng!

Ahad, 11 April 2010

setelah aku pernah rasa jatuh...gedebuk!

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar beri Anugerah Individu Kepimpinan Persatuan Mahasiswa kategori sekolah (fakulti) Universiti Malaysia Sabah bagi sesi 08/09. terharu dengan penghargaan ni. actually nak sgt berterima kasih pada PM SPKS 08/09-Imran, Ng Zoel, Ilya,Kim Bee, yun yee, Sairul, Jefri, Izah dan Saiful, semua sekretariat, ex PA-Hariz Faisal abd Halim, Nurul Fatiha Firdaus Bte Roslan-shbt terbaikku, adik2 ku - Safira, AJ, Ayie, Mardiah, Solehan, Niz, Diana, dan sume pengarah Program SPKS, AJK yang pernah bersama2 menjayakan program, rakan-rakan HA 19 (Sofwan, Asma, Fiza, Dayamida dan sumela), Dr Dahlan ex Pemangku Dekan (kini Timb Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), sume staf SPKS kak siti, abg yus, abg sly, kak wendy, kak jalimah, miss hernawati, Dekan baru Dr Murnizam, Prof Shuib (ex Dekan),  semua staf HEP yang mengajar erti kesabaran, mantan2 MPP yang banyak memberi sokongan-Mas, Azizul, Ridwan, Hasra, Falo, dan semualah, Abg Pijol (ex MPP 07/08)n Taufik (JAKMAS AB) yang mmberi suntikan pengalaman pada aku, roomate aku yang tak jemu2 bersama aku samaada susah atau senang-Milahok, Jen, Fiza n Tokeyk. Also my family terutamanya my kakak Nor Hirma Kaulan yang sentiasa mnyokong diri yang lemahni, adik2 Apis, and Anis.abg aku, Ijul, dan suda tentu mak n ayah (Sopiah Bte Sikon dan Kaulan Bin Raji) yang tida jemu mendoakan kami sebagai anaknya...tak lupa untuk insan yang bernama Hafiz yang dulunya pembakar otakni..huhu..thanks frend. Pn puteri hayati megat Ahmad also...dan semua pensyarah dan tutor SPKS yang sentiasa memberi aku dan persatuan berkembang dalam mendapatkan hala tuju. semoga berjaya aku ucapkan pada pimpinan Persatuan yang baru (PERISAI), Pres yang baru telah menunjukkan potensi dengan sebuah anugerah pemimpin harapan, maka harapan adalah setinggi-tinggi harapan...bukan melihat kegemilangan SPKS tapi keber'1'an SPKS...aku pasti anda kalian boleh berjaya dengan kesedaran, sokongan dan kesepaduan. Anda semua adalah harapan...tahniah menunjukkan komitmen terbaik dan harap ianya boleh terus konsisten dalam arena perjuangan ini yang akan menguji keikhlasan diri... untuk sahabat2 pimpinan dan semua pihak yang merasai segala kekurangan dan kelemahan diri, mohon maaf atas keterlanjuran  bicara dan tindakan secara langsung mahupun tidak... =) sayang anda semua kerana ALLAH swt...