Khamis, 28 Oktober 2010

Aku yang memerlukan Nur...

Alhamdulillah setelah beberapa bulan aku tak sempat update blog ni, at last, fuh i'm come in!

Inipun sebab aku terbaca blog akak senior aku time zaman u dulu, akak hani name dye...blog dye menggambarkan dirinya. maybe seorang yang happy dan gila2, namun semua itu bukan pengadilan yg tepat pada empunya diri, disebalik girang hatinya, mungkin terdapat beribu cerita dibalik barisan gigi senyumannya. Hurm dan blog aku? bagaimana aku? mungkin pembaca entri boleh meneka, samada mudah, sukar mahupun separa (hehe teringat pulak cikgu matematik aku - menakutkan). Aku kenal diri aku...

Minggu lalu, Alhamdulillah aku berjaya berjalann dengan leretan senyuman yang teramat lebar. Saya sudah bergraduasi sebagai pemegang ijazah Psikologi Kaunseling dengan kepujian kelas dua tinggi. Tahniah untuk diri sendiri. Terima kasih tidak terhingga buat keluarga yang datang (kakak n mummy), sahabat yang membantu dan kesemua yang terlibat dalam menjayakan minggu konvokesyen kali ini. Seperti biasa, aku akan terus menikmati hari-hariku sebaiknya. Menggapai masa dengan nilainya. Entah bila aku akan bisa kembali dibumi Sabah ini. Sungguh, aku akan merindui tanah bayu yang memberi aku sejuta erti. Syukur Alhamdulillah

sila klik disini untuk melihat hari konvokesyenku he~~
sorry ye, masa untuk upload pic dalam Blogni tiba-tiba aku rasakan memakan masa dari zaman batu ke zaman jahiliah...hurmmm

Namun bukan itu tujuan utamaku menulis entri ini, mungkin aku hanya sekadar mengucap syukur akan nikmat setelah berpenat lelah 3 tahun menuntut ilmu diperantauan...sekadar berkongsi.

Entah mengapa, aku umpama jelak dengan percintaan yang hanya menjanjikan erti kepalsuan...memberi harapan entahkan digapai atau hanya khayalan. Dan aku kembali menjadi diriku, yang haus akan cas-cas positif yang sangat ku rindui. Aku rindukan Nur yang telah kulupai...ianya yang perlu ku cari.

Ya Allah, aku merindui hidayahMu,
aku merindui aura yang bersemadi didalam diri
namun aku mencari-cari...
sesuatu yang ku pasti
boleh dipercayai...

Dalam diriku, aku mahu jadi HEBAT, yang sering diungkapkan senior seangkatan ku dahulu (A. Pijol). Kata-katanya kembali memberi perangsang diri. Namun, aku terkadang seperti ular yang kehilangan bisa, sesat dilautan arah. Terlalu banyak tanda arah mengelirukan ku. Aku tetap aku, bukan itu yang aku mahu. Aku mahu keatas...berdiri dan tersenyum puas. Dan aku bisa menjadi diriku. Menjerit pada dunia, 

~INILAH AKU~ 

Tanpa aku perlu bercanda pada dunia, mengiyakan sesuatu yang bukan seperti aku layaknya. Aku kabur pada jaringan kenalan. Bukan bererti aku mahu mengambil kesempatan, tetapi lebih tepat kalau aku katakan aku mahukan perkongsian! Dalam mencari Nur yang penuh dengan keredhaan. Walau aku tahu, masih banyak perluku lakukan, tanpa perlu terlalu banyak permintaan. Orang kata kena ikut cakap orang yang lebih tua. Dia banyak pengalaman. Namun pada aku, itu belum tentu menjanjikan kebahagiaan. Kita ada pendirian, then use it jika itu yang kita percaya membawa sebuah kegemilangan. Selagi ianya tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan. Kepada mereka yang merasa diri lebih tua, satu perkara yang ingin aku kongsikan ~ berikan pilihan kepada yang muda membuat keputusan. Berilah nasihat, bukan sebuah keputusan. 

Sukar untuk aku ungkapkan,...
ada sesuatu dibenakku
menyerang diri untuk dikeluarkan
aku mahu sekali, gembira akannya...tapi macam aku cakap tadi, arah ku kabur. 
aku mahu keatas namun arah dihadapanku segalanya mahu kekiri, kanan, belakang, mahupun depan
ya Allah...berikan aku Nur Hidayah Mu...
menggapai arah yang aku mahu...
Kerna aku mahu jadi DIRIKU...