Selasa, 16 Februari 2010

aku ingin melepaskan

segala bebanan yang terbukam dibahu
di bawa dan di genggam
di pikul dan di heret
ke sana dan sini

kononnya ia adalah satu kepercayaan yang membawa kebahagiaan yan hakiki
walhal menempah sebuah tiket mati
meniti titian sirat

bukan mudah

aku sudah membawanya
aku telah menjunjungya

kini aku penat
aku mahu
semahunya melepaskan
namun tidak terdaya untuk terus menjatuhkan

aku mahu
melupakan
aku mahu jadi insan
yang punya perasaan

aku mahu kasih sayang
dari seorang insan setelah segala ihsan aku berikan

aku tega mendapatkan
tapi untuk melepaskan
aku mahu tapi
aku tahu
ia bukan seperti mendapatkan

ada yang tersiksa
ada yang gembira

sama ada kegemilangan
mahupun percintaan

keduanya mengasakku
jauh dari sisi yang telah mati
namun masih berbaki