Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tinggal 2009...coretan lalu yang terus menjadi ingatan =)

Salam perpaduan, salam lembaran baru di angka baru yang menjengah kehidupan kita sebagai umat manusia biasa...
Terasa diri sangat kerdil saat angka usia menambah lagi 1 tahun...dah tua rupanya...entah apa akan bakal terjadi masa depan nanti. walaupun segala perancangan telahpun disediakan rapi tetapi kita tidak sesekali bisa menyangkal ketentuanNya. kematian yang tidak dapat dipastikan entah bila, kemenangan yang diharap sentiasa, kebahagiaan, keselesaan yang dicari tidak berpenghujung terus dicari gali... Tanpa kita sedari, kita perancang yang bergelar umat yang takdirnya telahpun dicatat namun usaha jangan sekali dicacat...Contohnya, baru2ni...kejadian kemalangan bas ekspres di Ipoh baru2 ini. Mengorbankan 10 nyawa yang banyak onak rancangan untuk mencari kebahagiaan, diragut dek perancangan yang hanya dirancang oleh seorang khalifah yang bernama umat. dan penentu segal adalah Dia yang maha esa. Semua pihak saling menuding jari, itu dan ini. menangisi dan meratapi mereka yang telah pergi. Sayu hati ini...entah mungkin hayat ku bisa pergi sesaat lagi walaupun banyak perancangan dibenak hati ini...cukupkah amalanku untuk akhirat nanti jika hayat sampai disini?

Aku...setiap kali tahun baru tidak kiralah tahun baru dunia mahupun Maalhijrah, sering memasang azam bersilih ganti. mahukan itu dan ini. yang pasti untuk kebahagiaan diri sendiri. Sehingga aku lupa, untuk apa aku hidup di dunia ini. Aku pernah meratapi, mengapa aku begini...perlu memakai topeng yang menggembirakan orang lain walau hakikatnya ia semakin mencela luka mereka dan menusuk duri didalam dada. Aku tidak bisa menjadi diri sendiri. Orang itu kata ini, orang ini kata itu... Kesudahannya aku seperti tiada pendirian yang pasti. Kerna aku sering dihantui ketidakpenerimaan mereka yang berkata itu dan ini. Aku sedar, aku tahu, apa yang aku suka, apa yang membuat aku bahagia, mudah untuk aku dapatkan...tidak perlu aku bersusah payah menjadi seseorang yang aku sendiri tidak gemari...

Aku terus mencari diriku...pilihan keseronokan mahupun pengorbanan.
dan aku masih mencari...dan aku sedar mungkin ramai yang telah disakiti sepanjang tahun ini..(2009). dan mungkin tidak kurang yang menyakiti diri ini...jawapan..aku terus mencari. mungkin aku telah ketahui, tetapi masih mencari jalan yang pasti diredhai...

2009
satu kenangan yang bukan mudah aku lupai... bermulanya aku sebagai seorang pimpinan pelajar, seorang sahabat hati, seorang sahabat rapat, seorang kawan, seorang kakak dan mungkin seseorang yang masih merangkak didunia yang penuh realiti ini...

Pada awal hingga pertengahan tahun ini,

        Aku mengenal cinta persahabatan yang sangat hebat menguji diri. Kebahagiaan yang aku pasti tidak akan ku tolak tepi dari kotak memori ini. kepada dia yang memegang watak didalam kenangan ini, aku berterimakasih kepadanya, memberikan aku kenangan terindah kerna bisa bahagia bersamanya walaupun seketika. kita ketawa, kita berkongsi segalanya, suka dan duka, tepi tasik, bunga orkid, cincin, dinner, dan yang paling penting..sebuah kenangan cinta persahabatan yang tidak berpenghujung. walaupun kutahu, kita sudah ada haluan baru kini...dan aku pasti setiap kesakitan, akan sembuh dengan sebuah rawatan baru yang lebih menyegarkan...untuk dia...friend 4 eva...semoga kau bahagia, kerna aku turut bahagia dengan jalan barumu.kerna aku pasti dia adalah yang terbaik buatmu. Jujur, aku sangat senang dan tidak perlu menjadi orang lain bila dengan kau yang memegang watak cerita ini. walaupun ku tahu kepura2an mu terselindung disebalik perasaan girang yang kononnya tidak punyai perasaan. emm...

Pada awal bulan 4
      Nor Hedayah, anda berada disebuah posisi yang sangat mencabar...hinggakan, pada saat ini aku masih meragui keberadaan ku diposisi ini. Memegang tampuk pimpinan pelajar fakulti universiti. Berbagai halangan, rintangan, cabaran dan kepuasan berada disini. Segala bentuk pandangan diberi dan dilemparkan. Mengenal erti sebuah kepimpinan yang realiti dalam berorganisasi. Dan sudah tentu perlu banyak hati dijagai, namun amanah terus digalas dari segala segi. Sungguh, sangat getir melalui saat ini,...adakalanya ingin sekali menarik diri tika diri berasa sendiri pada kesesakan mereka yang perlu dibela'i. Entah berapa kali diritersungkur pada perjuangan yang dilaungi. terasa segalanya langsung tidak berguna. Namun, Alhamdulillah, aku dikurnia kan mereka yang masih mampu mempercayai kekuatan diri. Fatiha, Hariz, Nelson, Safira, Sofwan, Mardiah, Ayie, Azwan, Asrol, Helmi, Diana, A-J, Solehan, Niz, Milahok, Tokeyk, Fiza, Jen, Pandi, dan semua kawan2 yang bersama2 memberi sokongan secara tidak langsung dan yang khususnya secara langsung (PMSPKS09). Mereka penguat semangatku dikala kaki terpijak duri yang menusuk setiap inci langkah ini. Namun telah kulakukan semua yang ku harus lakukan. sungguh, aku amat menyayangi Persatuan Mahasiswa SPKS ini...kepada mereka yang telah menduga, aku ucapkan berbanyak terima kasih, kerana dari sini aku tahu apa kelemahan ku yang pasti. dan kalian sebenarnya telah memberi sebuah kekuatan hakiki. Perjuanganku, aku pasti dan aku berjanji bukan hanya setakat disini! akan ku pastikan segalanya akan ku tepati selagi perancangan ini diiringi restu yang diredhai. Tahun ni, memang berlambak program yang mencatat 1001 kenangan yang amat membahagiakan dan memberi kepuasan walaupun dugaan mengiringi segala perancangan...antara program PM SPKS:
1. Majlis Serahan Tugas mantan  PMSPKS kepada kami.
2. Program derma buku
3. Program Kem Kecemerlangan Jati Diri SMK Badin (program pertama kelolaanku penuh disamping mereka yang mantap semuanya)
4. Program MisiPsiko Siswa 3
5. Program MSM bersma mahasiswa SPKS
6.Program Kursus Kepimpinan Exco dan seketariat PMSPKS + exco Kepimpinan dan Latihan (MPP)
7. Minggu Psikologi
8. semua Program kepimpinan kelolaan pelajar program Belia
9. Program Bubur Lambuk
10. Program Berbuka Puasa
11. Program berbuka puasa di rumah anak2 yatim Tambunan Sabah.
12. Pameran Tamu Gadang ke 11 SPKS (Johan tempat pertama untuk pameran) =)
13. Program Jalinan Muhibbah
14. Program Kursus Pra Perkahwinan
15. Klinik Psikologi
16. Buletin SPKS, blog PM, poster, baju untuk student
18.Program Ikatan Belia
19. Program Endogormik student IO
17. banyak lagi...dan ada yang kena postpone untuk tahun 2010...dun worry, InsyaAllah selagi aku masih diterima, aku masih lagi didalam perjuangan ini...
Maaf jika ada program yang terlepas pndang dan tidakku catatkan dalam laman blog ini, kerna aku tahu, usia ku semakin tua...jadi memori pun mungkin mudah lupa.

Memori MSM 09/10 vs Tamu Gadang 10 dan 11
Sebagai salah seorang Majlis Eksekutif didalam portfolio Latihan Dalam Kumpulan dan Sambutan Ibu Bapa, aku sangat bersyukur kerna bisa menyulam kenangan bersama di dalam MSM 09/10 kali ini.Ikatan kita sesama MT dan ME memang best, malam2 tak tidur same2, pergi karaoke lepas tensen dimalam hari, port Sadong Kita...wayang..satu kenangan yang sangat membuatkan aku bisa ketawa sendiri. Kemesraan... tugas yang benar mencabar minda dan emosi...hanya tuhan tahu bagaimana perasaan ku ketika itu. sungguh, pengalaman ini sangat menarik untukl hari tua ku nanti. Buat fatiha, thanks a lot.sanggup mnerima as timbalan ku sewaktu aku benar2 memerlukan seseorang timbalan yang benar2 berfungsi...buat cTon, Saperi, Mel, Uwais, scandle aku mase tu..Hazril(wah!), rafi, kanda, dinda, romy, fan, chua, afiq, salam, n semualah! dan semua yang menjayakan MSM khususnya team LDK dan sambuntan ibubapa, korang memang the best!!!!

Tamugadang 10(2008) satu portfolio yang sebenarnya penyuntik mengapa aku berada disini sekarang. as Pengarah unit Pertandingan masa tu. buat kali pertamanya menjadi pengarah dah diberi sebuah tanggungjawab yang sangat besar. sangat menduga, tapi seronok gila kenal dengan team Tamugadang kelolaan abg Pjol mase tu. dan pencetus kenangan pertama yang paling ekstrim pada pucuk pimpinan buat julung2 kalinya. buat sulfaisha yang banyak tolong mase tu..thanks. dan khususnya juga pada team pertandingan yang tak jemu2 celotehan ku yang pertama kalinya memimpin. memang haru. tapi aku bersyukur...diberi peluang keemasan ini. Dan Tamu Gadang ke 11 kali ini 2009, sangat menyeronokkan, hahaha..happy, tekanan ada tapi, aku sangat ikhlas menjadi diriku. bersama mereka yang tdak pernah kenal erti penat walaupun peluh mencuduri setiap gerak geri. balik samapi 2 3 pagi. seminggu kita berkampung demi menaikkan kembali nama SPKS yang disayangi. dan Alhamdullilah....ianya berhasil berkat doa semua rakan yang menyokong secara langsung mahupun tidak. tempat pertama. setiap detik if diceritakan habis page ni dgn cerita ni jer....ayie, aj, azwan, asrol, fira, mar, teha, haris, solehan, niz, n kwn teha (sory lupe nama) thanks a lot. korang memang superb!

Buat program lain, semua memang bagi superb kenaangan tapi dah letih nak menaip satu2...thanks a lot pada yang sudi berjuang di laman perjuangan PM SPKS batch ini...khususnya kesemua exco dan sekretariat yang tidak jemu datang meeting dan mengelolai kesemua program. aku pasti kalian telah melakukan yang terbaik bagi kebaikan kita bersama. Terima Kasih banyak dan mohon maaf jika aku mempunyai kesalahan mahupun  kesilapan yang sendiri tidak aku sedari...ketahuilah, aku hanya cuba melakukan yang terbaik untuk kita dan itulah yang pasti dalam perjuangan ku saban hari

Bulan 9...
Sebuah coretan lagi...aku mengenal sidia yang mungkin telah menjadi sahabat kepada hati ini. Muhammad Hafiz Goo Abdullah / Goo Chong Wen secara realiti. Cukuplah sekadar ku coretkan disini dia adalah sebuah perhubungan yang perlu aku jagai dan sentiasa membawa aku kepada sebuah hubungan yang lebih mematangkan diri. syukur ku sekali lagi dia berjaya bertapak di hati ini sejak 18 hb 7, pertemuan bersejarah pada 18 hb 9. Sebuah rahsia hati yang penuh misteri...mungkin menjadi rahsia kami. Thanks awak...sy syg awak kerana Allah swt. Dan moga2 hubungan ini dirahmati hingga mati...amin


CIRQUE DU FREAK: THE VAMPIRE'S ASSISTANT

Today movie...
Best gak..tapi ending yang memang menampakkan akan ada siri yg kedua...tgk kat Alamanda Puta'Jaya dgn family kak sal as usually...balik tu kiter org gi jalan2 kat puta'jaya...wah cantiknye...mcm tak pernah tgk plak..walhal dah bape kali aku pegi,...terasa menyesal knpla aku tak ade kamera time2 tgk Malaysia memang pantas di banggakan...Malaysia Boleh!

Jumaat, 25 Disember 2009

Happy xmas kepada yg menyambutnya..

Satu Malaysia, rasanya tak salah kita sebagai rakyat yg berkongsi keamanan untuk sesama wish kepada yg meraikannya. Nak sikit cerita, walaupun aku tidak menyambutnye..tapi family kakak agkat sambut xmas untuk suka2.just main tukar2 hadiah n ade la sebatang pokok xmas menghiasi uma. walaupun hakikinya dorang bukanla penganut agama Kristian...just for fun. Honestly, memang fun pun. Secara tidak langsung aku pun dapatlah hadiah...





Yang memberi kenangan indah ku kira...dapat hadiah barbie doll dari kakak angkat aku...kak sal. thanks a lot. Actually, aku memang peminat barbie doll sejak azali, selalu belek kat kedai permainan. tapi dek harga yg expensive...aku just melalui je...siankan? emm diusia yg tua ni baru aku dapat...happy sgt! nanti aku keje, aku nak beli byk2, nak ade umah dye sekali. bestnye...kalaula ader org nak bagi aku that barbie doll, boleh terjatuh syg aku kat dye..hahahaha..berangan!

Khamis, 24 Disember 2009

Princess n the Frog...



also tgk movie ni selasa lepas...nice movie..cite budak2 yg dah thu pun jalan cerita tapi masih nak tgk..ahakz..wat eva thankz kpd yg membelanja..kaksal n abg bad... agak bosan...tapi best gar r...

wow...AVATAR VS 2012








Salam sahabat, saudara mara, yg jauh, yg dekat ,mai rapat2..tapi jgn rapat sgt. selsema ni...

Terkedu aku bila manusia dikurniakan akal yg sekecil ini boleh menghasilkan sebuah cerita yg sgt menarik. sungguh sempurna ciptaanNya kan. oleh kerana itu, kita diberikan mandat untuk menjadi khalifah dimuka dunia ini. kembali kepada penceritaan, semalam aku tgkmovie AVATAR kat Alamanda puta'jaya...with my kakak agkat family-abg bad, kaksal, 3 budak hitam (afik, alif n tasya)

actually aku tak berminat sgt pun, dahlatu pegi pun time hati tgh meruntun hiba, mase start movie aku nangis sebab bengang betul dgn mahluk tuhan bernama lelaki. sobsob, abis tudung makcik sebelah temapat duduk panggung tu kena mukus...nasibla makcik, sape suh duk sebelah org yg tgh frust.ahakz. nak dijadikan cerita, time avatar masuk dalam scene, aku terdiam, tapi tudung makcik tu masih melekat kat idun aku..pastu, timbulah jake sully, pastu Neytiri, dinasour yg memg hebat tendangannye.eceh...memg best, fiksyen yg begitu menarik aku kira. tak kelip mata aku tgk, scene dye memang best, jln cerita yg tak lepas untuk buat aku boring (aku pemegang rekod tgk cerita yg senang jemu.15 minit pertama je teruja pastu tido or wat2 happy sebab org yg blnja tgk movie ahakz..sory), pemandangan yg cantik, adae unsur spiritual, tenaga dan yg paling penting movie ni mengajar kita how to menghargai environment kita. memperlihatkan kerakusan manusia yang konon berperikemanusiaan memperjuangkan pembangunan tanpa belas kasihan. em kyoto protokol pun boleh kalah. wat eva this is the best movie i watched ever had.kalah 2012,...2012, seriusnya, best tapi agak membosankan. jalan cerita yg dihujungnya gak sedikit membuatkan aku tergelak. jaln cerita yg terlau simple. satu percubaan yg baik tapi perlu ade sebuah penambahbaikan.dan paling bosan,..lame giler tu...tak de suspen...ngeh3

untuk AVATAR, walaupun jgka masa movie ni lama sampai aku lupa tgh melakukan ibadat puasa (tak buka aku)ngeh3...memang tak jemu. pada kalian yg belum tgk movie ni silalah ke panggung berhampiran anda. fahami mesej yg nak disampaikan. aku bagi 5 bintang kat movie ni yeah!elemen cinta, aksi, seram dan kepercayaan(eywa-semangat spritiual nenek moyang puak omaticaya yang di[percyai boleh mendengar restu untuk keseimbangan alam oleh puak omaticaya) memang menakjubkan. so..aper tggu lagi? yeah...

Rabu, 9 Disember 2009

satu ketika...kami dikejar



Sekadar berkongsi cerita semalam yg membuka coretan hari ini...hahaha. nak tergelak pun ade gak. tapi bila insiden tu berlaku...jgn nak cakap pijak semut, pijak air pun aku tak tenggelam! emm kejadian di petang hari di suatu cuaca yang agak muram. Mase tu hujan yg memang lebat la gamatnya. aku ngan adik aku pun pegila pekan dalam perjuangan mndapatkan info pasal lesen motor yg aku tgh nak amik ni. nak di jadikan cerita, mase perjalanan yg memang tgh hujan lebat tu, kitorg pun berteduhla kat surau Sungai Balang Besar ni...tapi apakan daya, hujan belum berhenti, tiba2...ade sorang mamat lelaki ntah datang dari mana muncul dengan motor kapcai ex5 jenis lama melalui surau tempat kami berteduh. dia berhenti tiba2, seolah2 dye kenal kitorang.dye tgk lama...hati aku dah tak sedap...seraya berkata dgn adik aku yg sorang ni 'Anis, cam pelik jerk...jom r blah'. tanpa membuang masa yg agak genting mase tu. kami pun cabut dgn motor honda bapak aku. Anis plak tu yg bawa motor. keadaan masa tu memg tahap 2012 la...hujan lebat kiteorg dah tak heran, yg penting tempuh! mamat ni yg tak tahanya boleh plak pusing balik n kejar kiteorang. jauh lagi tu...sbelum tu siap feewiit lagi. dye kejar, anis bawa lagi laju, aku kipas dari belakang...laju lagi nis.yeah..,lgi..dan lagi...hahaha (keadaan yg diada2kan walhal ntah sume nombor aku call sebab ketakutan yg amat sgt) dye punyelah kejar sampai kiteorg smpai pekan. punyerlah jauh. nasib baik pai pekan mamat gila ni dah hilang. sampai jer, aku terus peluk anis yg sedang dalam kegigilan sebab sejuk sgt kena hujan dan tolong tahan lutut dye sebab menggeletar sampai sume skru nak tercabut. peliklah ntah mamat tu nak ape tah. suruh kiteorang brhenti...nak kata aku cantik, imposibble, nak kate kiteorg kaye, wit bwk 3 ringgit jerk.nak kate dye nak kat Anis...anis cakap dak tu dak Pendidikan Khas sekolah dye...emmm patotlah!!!!bikin suspen thp dewa tol. apepon aku nak ucap thanks a lot kat Hafiz sebab dye adalah org yg turut dicuakkan oleh aku sebab insiden ni. sampai dye pun nak terbabas sama langgar lori sebab terkejut dgn cal aku mase kiteorg tgh gelabah...hahaha..satu pengalaman yg sememangnye lucu buat AKU...

Ahad, 6 Disember 2009

Langkah...

Langkahku,
Masih bersisa 1, 2, dan 3 langkah lagi
Dulu langkahku mencari
Mencari apa yang perlu dicari
Tercari-cari, dan sering dan masih lagi lagi mencari
Mencari dimana harusku meletakkan diri
Supaya suara ini bisa didengari
Supaya mata ini terus liar mencari apa yang pasti
Supaya tangan ini bisa memberi
Supaya patah kata boleh ditepati
Supaya setiap langkah ini boleh berbakti
                                                                        
Kelmarin
Langkahku masih laju dan terus laju
Supaya apa yang ada dibahu
Supaya apa yang aku tahu
Supaya apa yang kita mahu
Boleh, bisa, akan dan tidak mustahil untuk benar-benar berlaku

Semalam
Langkahku semakin pantas mengejar
Pada  hala sinaran yang menjanjikan kebahagiaan
Namun, langkahku tidak selalu membanggakan
Jatuh dengan pelbagai rintangan

Situ, sana, sini
Sentiasa melihat dan bersama langkah ini
Langkah itu menyekat, tersekat dan mungkin pernah disekat
Langkah ini tersungkur pada sekatan yang menguji
Dan langkah itu, aku tahu… tidak mahu, tidak akan tahu dan tidak perlu tahu
Pada bait-bait langkah yang sukar ini…untuk kembali berdiri

Bangunnya langkah ini kerna ada kamu, kamu dan kamu
Yang sentiasa menyokongku
Syukurku kerna  aku adanya kamu
Kerna kita tahu apa yang aku dan kamu mahu untuk jadi Satu

Langkahku sentiasa mengerti,
Tidak semua senang dengan jejak dan rentak ini
Mungkin terlalu laju atau tidak berhala tuju
Dan aku tahu langkahku tidak selalu berpijak pada rumput nan indah itu
Kerna mungkin ada yang bergelinciran pada golak lumpur yang berbau
Kerna aku tahu langkahku…tidak bisa cantik seperti langkah ratu

Hari ini,
Langkahku mungkin masih tinggal satu
Adakah aku perlu terus berlari pada penghujung langkah ini?
Atau terus berhenti setakat ini?
Melepaskan kesemua langkah yang laju ini…
Atau melangkah maju dengan satu halatuju…

Maaf jika langkahku yang bersisa ini
Masih belum benar-benar mengisi apa yang dikehendaki
Masih belum mencapai perjuangan sampai mati
Kerna langkahku masih mencari dan hanya tahu memberi bakti…

Langkahku aku tahu

Hanya tinggal baki
Namun akanku pastikan langkahku ini mati dengan pasti
Biar langkahku ini berlari dengan pengganti
Yang akan mempelopori sebuah perjuangan yang hakiki
Supaya kita semua mengerti
Dan bisa terus bersatu hati
Dan SPKS bisa disegani satu hari nanti………

Khamis, 5 November 2009

10 perkara BukTi lelaki ruMit



1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak bena
r

bila hati berada ditempatnya




Sabtu, 31 Oktober 2009

Final...gambate!

Salam final exam semua,...
kepada seluruh rakyat UMS (cewah) khususnya semua mahasiswa/i SPKS yang disayangi...belajar elok2, jaga tingkah yg boleh menimbulkan ketidaksengan hati orang lain. especially ibubapa, pensayarah mahupun rakan2 kita. sentiasa doakan dorang untuk keberkatan bersama...untuk semua raan2 yang mengenali dri yang serba kekurangan ini,saya menyusun setiap jari yang ada memohon kemaafan atas segala kekhilafan yang dilakukan secara sengaja mahupun tidak, yang tidak disedari mahupun disedari dan yang paling penting segala tingkah bicara yang mungkin mengguris hati...

Untuk kita semua, all the best untuk exam ni, study2 juga tapi jgn lupa tanggungjawab yang lain...tapi skrg ni fokus 150% untuk study k...luv our PM SPKS, SPKS n yang paling penting kerana kamu semua adalah S.A.H.A.B.A.T ku...doa untuk mu...itu pasti InsyaAllah...

Jumaat, 30 Oktober 2009

thankz 2 b my pwen...


me with Hariz at KK


BiLeR mELaLui...minggu study...arghhhh

today...bery2 de bosan...konon study, tapi study 5 minit, main game 15 minit, sambung lagi wat keje2 bangang tahap ayam togel masuk dalam bsen biru blkg umah mak aku. bergulek2 pun pening kepala. tapi bestla...aku dapat buang air besar harini..wah sopan betul bhasa aku kan?yela dah 4 hari aku membawak najis bercop sirim ni kesana sini.berat tau...tadi aku duk2 aku menghilangkan rase tensen tgk buku, bukala aku hikayat gambar2 yg ade kat hp aku...n tertonjolla kuar gambar aku, hariz, n ajay gi KK selasa ari tu. gambar gedik2 kat cp hahaha..mase tu kite orang baru pas melalak myumbangkan suara kat kBox, rasenye la..byk tol mate2 tgk kitorg, aku rase mesti suara hariz memekakkan dorg, tu yg bengang tapi bile tgk aku terus dorg tak jadi marah..aku rasela..tapi lau slah betulkan ea...hua3.have fun dgn korg,..

wat eva, perlancongan ktorang haritu tak dirancangkan pon...ni en rahim punye pasalla, punyela kite orang jauh2 dari UMS, datang gi AADK tibe2 takde plak orang yg nak dijumpa setelah sekian lama...emm..saje je nak main2 kan celak aku kn..

Petang ni...
ade study group dgn makcik n pakcik2 SPKS...cik fatiha, sofwan, amrandy n nelson...subjek kaunseling keluarga. korang dh prepare lum kena serang dgn persoalan aku yg bertalu, menunjukkan aku sgaja wat camtu mengalahkan hantu..wat hariz soryy, tak dtg kursus asas kpimpinan semalam...aku saje je wat cerita sakit perut. actually, aku sengaja bagi korang sume mmbuka minda dan betul2 memahami knp kursus tu diadakan. aku just support dari blkg. lagi pun kursus tu ditujukan kepada bakal 2 pemimpin yang akan menerajui barisan kpimpinan pelajar sem depan..iaitu korangla...zaman aku hampir tamat..sedihnye aku...honestly, aku sedih nak tinggalkan zaman ni walaupun aku tahu perjuangan aku masih belum tamat. tapi agak berbeza sikit...namun hidup ini masih tetap sebuah perjuangan dan persaingan!!!

Khamis, 29 Oktober 2009

Bukan main lagi...


tat nite at 1B...=)


Malam Isnin...25 Oktober 2009, aku gi makan kat kat The All American Restaurant kat 1Borneo...huhuhu..dak p.a aku tulah yang mengajar benda2 yg bukan2 ni. tapi nice la tempat tu. makan pun sedap, kira boleh bagi 4 setengah bintang dr 5 bintang. First jejak kaki kat situ memg kelakarla, buat2 cm dak berada makan..tgk waitress tu pon punyela senget mata aku.dgn gaya anak datuk makn, kiteorg pun belek2 buku tmphn yang sepatah haram pun aku tak fhm.(yela ank org kmpung mkn kat tempat mahal) nak je aku tanyer, kat cni tkde telur gorng dengan sosej ke? punyela berbelit lidah aku nak sebut sume senarai mknn yg ade. nasib beklah uncle ni cover aku, last2 makanlah kiteorg piza peperoni dgn sandwich (yg disangkekan chicken roasted) hahaha..punyelah bangang...wat eva happylah aku makan kat ctu, satu penmbhn coretan dlm blog ni...walaupun harga dye agak expencive, tp berbaloi lah dgn rasa n structrd restaurant tu..nice3x.kpd encik uncle p.a aku yg senget ckit kepalanya tu, thankx aaa

Khamis, 22 Oktober 2009

mata dan hati

mata-mata itu
mahu aku dilihat mati
dengan terus menyakiti
tapi mataku bukannya hidup tanpa hati
dan aku terus kembali berdiri
hari ini aku menangis lagi
kerana hati disakiti
oleh mata-mata yang hanya tahu memerhati
tanpa simpati
mata-mata itu sedang memaki
kononnya sudah cukup berhati-hati
berkata itu dan ini
bagi membela jati diri
entah yang ke mana pergi
bila mata berkata tanpa hati…
mata dan hati…

Isnin, 2 Mac 2009

suka atau cinta

kosong perasaan aku arini....bila orang yang aku suka...tak de respon dgn aku
sedangkan sebelum ni...dia yang beria-ia buat aku perasan...sedihnya aku oi....tapi betul ke aku suka? atau cinta? uwek...cinta? nak muntah aku oooo

Selasa, 17 Februari 2009

Perlukah sebab dalam bercinta?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Ini dialog mereka :-
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.

Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

ini bukan AYAT AlQuran

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah yang balas jasa baik....
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran......Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..................Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis"Surah Injilu Matay"(Terus reject)Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini...Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya padarupanya sahaja tetapi tengok dan sel id ikilah isinya juga... tengokkeseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untukmenghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimahAl-Quran......sebenar ayat Bible

Isnin, 16 Februari 2009

Disebalik nama

Apa guna pada nama?
Nama aku Hedayah...nama yg ibubapaku beri sgt disesali satu ketika dahulu...seawal usia 6 tahun,aku bertanya pada ibuku, "Mak nape name kita hedayah?kan ejaan tu hIdayah?...apela mak ni...lain kali letaklah nama sharifah shahira (pelakon)ke, shawati ke, shahora ke, nama yg mak bagi ni lgsung tak sedap mak"..itulah pertanyaan ku satu waktu ketika aku bergelar kanak-kanak tadika...ibuku tidak pantas menjawab pertanyaanku tapi sekadar berlalu tanpa kata. Mungkin bosan dengan pertanyaan manusia yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat kehidupan yang lebih bermakna berbanding nama. Namun aku tahu nur hidayah bermakna cahaya petunjuk...tapi nama aku nor hedayah? camne tu? persoalan yg hanya aku tanya bila aku ingat...saje nak tanya tanpa mahukan input. Sekadar menunjukkan protes tanda tidak suka pada nama itu yang kedengaran sangat biasa...2 be continue...

baru buka blog ni...

ee...dapat buka blog sendiri...epynye aku...
nak tulis ape pun tak tahu.
sebab bab menulis n bercakap ni memg tak pandai
perlukan asahan lagi
tapi jgn risau aku akan terus memperjuangkan blog ni selagi ianya benar...InsyaAllah.
org cakap blog ni agak kontroversi pai barisan pemimpin pun takut.so, tak salah if aku mengambil lgkah berjaga2...wat eva aku sgt teruja dgn kemunculan blog aku ni...yela buta IT...huhuhu