Isnin, 27 Disember 2010

Hariku juga hari kamu

Terkadang aku agak kecewa dengan sikap manusia sebangsa denganku. Dan mungkin, tanpa aku sedari aku juga begitu. Aku sering mencari jawapan yang berada dihadapanku. Cerita akan jawapanku seakan panjang dimamah sejarah yang dilaungkan. Walhal ianya sangat mudah diterjemahkan.

Namun aku kembali berfikir, siapakah aku untuk mendapatkan jawapan yang hakiki kerna ianya bukan milikku. Hidup, berputar, di atas dan dibawah… siapa yang di atas dan di bawah. Mengapa kita perlu pincang dibumi sendiri? Merenggut kuasa dan hormat yang hanya sekadar mimpi ngeri di akhirat nanti. Jalanku setiap hari, melihat berbondong-bondong manusia dihadapanku, yang turut mahu menyudahkan harinya. Mungkin ada yang berguni dugaan menimpa. Mungkin juga dilamun cinta dan sebuah keuntungan yang tidak mahupun dijangka… aku sesal akan dugaanku… tanpa aku sedari dugaanku tidak seberapa. Aku geram, akan manusia sombong yang berada disekelilingku tanpa aku sedari ada sebuah kesabaran disitu. Aku marah, akan ketidakadilan yang sudah aku perjuangkan. Aku sedih saat aku melakukan sesuatu yang tidak patut aku lakukan, tanpa aku fikir akan dimana aku berada sekarang

Hari ini, bukan milikku seorang. Hari ini juga adalah milik kamu. Aku lemas… akan impianku…saat aku mula menganggap setiap hari yang mendatang adalah milikku. Bagaimana besarnya impianku, kemahuanku, mahupun harapanku… begitu juga berbondong manusia di sekelilingku. Mengapa semua ini terjadi? Kerna bukan aku sahaja didalam hariku…tetapi hariku juga milik kamu,.. tegasnya kita berkongsi hari tiap hari, dan disini kita berkongsi berjuta cerita yang lahir dari masa…
Semoga aku tabah menghadapi perkongsian hari antara kita… tanpa perlu dikira bertapa besarnya cerita yang aku bawa… kerna besar lagi cerita milik kita hari ini. Hari ini…