Isnin, 24 Disember 2012

2012 hidup aku Benar2 berubah!

Apakah?!!!

Assalamualaikum w.b.t...


Sudah tersangat lama tidak menulis blog kepunyaan aku ni...terlalu banyak masa berlalu hingga tidak dapat menahan cerita yg ingin dikongsikan bersama, nak dijadikan short.. aku pun shortlistkanlah segalanya cerita yang berlaku pada tahun 2012 di entry kalini.

Sedar tak sedar, dah setahun lamanya aku tak menulis ini blog, smpai aku xtahu cmne nak post entry baru sejak 2 minggu lalu...dan akhirnya, dengan izin Allah...setelah menggodek lamanyanya akaun yg berwajah baruni barulah aku berjaya hehehe (peace V) Ini adalah senarai perubahan BESAR yang secara drastiknya mengubah kehidupan aku secara zahiriahnya:

1. Aku dapat kerja baru (16.3.2012)
2. Aku jadi Tunangan Orang (25.3.2012)
3. Aku dapat beli KERETA sendiri (17.4.2012-ikut roadtax kereta)
4. Aku jadi Tauke Kek Lapis Sarawak (Bermula raya tahun lepas dan terus berkembang-Alhamdulillah)
5. Dan perkara yang mengubah terus hidup aku ialah - "aku dah jadi BINI orang"

SATU

Kaunselor PLKN
       Tekad yang tinggi menyebabkan aku mahukan sebuah penghijrahan yang membawa seribu duka (kononla) kepada sesuatu yang lebih menyelesakan diri aku sebagai bekas penuntut Universiti Malaysia Sabah . Suasana kerja yang terdahulu begitu menekan emosi tapi sungguh memberikan aku sejuta kekuatan. Aku mengaku, berbanding kini, aku lebih mudah tersentak dengan sekelilingku, walaupun tidaklah boleh menjejaskan mana2 pihak (sesedarku) sensitif dan pantas melakukan tindakan jika diri mulai diinjak. Ternyata kekuatanku sebelum mendapat pekerjaan sebelum harini tiada tolok gandingnya, ada ketika diwaktu pekerjaan lalu ku itu, aku ditinggalkan sendiri kala mahu menyuap sesuap nasi, dilayan umpama kurap yang bisa menular pada sesiapa yg mendekatiku. Namun, mungkin aku silap, mereka itu sedang mengajar aku sebuah kekuatan, memberikan aku tekad supaya terus tidak selesa dengan keadaan diri. Membuka laluan untuk aku membulatkan azam mencari amanah yang setimpal dengan kudratku. Syukur Alhamdulillah...Tatkala diriku dirundum tekad yang membulat, aku menerima 3 tawaran secara berperingkat, guru ganti, pegawai khidmat singkat AADK, dan sebuah jawatan yang ditunggu-tunggu iaitu pekerjaan ku kini.. Berkat doa Ibu Bapa, Keluarga, sahabat, dan semua bekas pelatih waktu itu...aku berjaya mendapatkannya. Tanggal 16.3.2012, ya Allah, aku begitu bersyukur dengan nikmatMu ini...aku dapat kerja, suasana, pangkat, gaji yang segalanya baru di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim. Dan disini, ternyata perjalananku begitu hebat dengan barisan pegawai, dan kakitangan yang begitu memahami erti kaunseling. Hebat sungguh rancanganMu ya Allah...Kau tempatkan aku untuk memimpin YPKDT daerah Kulaijaya yangku rasakan begitu asing...rupanya ada hikmah =) (dekat dengan Airport - kira2 10 minit dari rumah sewaku) Mungkin sudah tertulis...jodohku ada kaitan dengan ini semua.

 Orang cakap  " kalau kita nak mendirikan Masjid, jalan kita akan dipermudahkan, rezeki juga akan disuakan, dan kita? haruslah bersyukur dengan nikmat yg diberi. xgitu?


DUA

        9 Hari berikutnya (masih lagi dalam taklimat Pegawai Baru) aku dah pun minta cuti...cuak jugakla time minggu  ni. Soalan bertubi2 oleh Majikanku a.k.a Ketua Jabatan, sesi 2 jam bersama pegawai baru dengan tajuk~jodoh perlulah dekat~ menghantui aku... Sudahnya dua hari sebelum hari majlis pertunangan aku bersama sidia menjadi haru biru, aku dengan sidia berselisih faham sebab kata2 yang menyengat rasa (aku tiba2 xbole berfikir rasional) dan tika itu kekuatan sidia menjadi sandaranku... Berjaya mendapatkan cuti sehari, aku selamat menjadi tunangan sidia yang berada dikejauhan (Sarawak). Ternyata, tanpa bantuan keluarga, keluarga/kakak angkat dan pemahaman kedua bakal mertua mungkin hari pertunanganku tidak sebaik hari yang dijanjikan. Termeterailah sudah ikatan janji yang akan mengikat kami pada bulan 10 tahun ini jugak (2012) dengan hantarn RM 11,111,11 (je) dengan seutas barangan kemas seikhlas hati oleh kedua belah pihak...maka jadilah aku tunangan kepada sidia pada 25.3.2012. (Alhamdulillah masa ni aku dah ada gaji separuh bulan dari kerja baruku bolehla buat topup pe yang patut-sekarang ni tunang pun nak de pelamin kan..huhuhu)
Sy dah Tunang!!!


TIGA

         Bila dah kerja buat program merata, kenderaan itu perlu...dengan berbekalkan motorsikal (Honda Wave 100cc) pergerakan aku amatlah terbatas.Nak2, suma program memang jauh (tengok tempat gak), xkira siang atau malam , keselamatan pun mcm out bila pakai motor dan status aku pun mcm xsesuai. Sampai aku cakap dengan agent jual kereta tu aku gi kerja naik motorpun dia tak percaya siap gelak lagi tu...pergh sentap gak waktu tu. Namun tidak berniat sama sekali nak memperlekehkan sesiapa yang masih menunggang motorsikal ataupun sape bawak moto sebab elak jam, aku hanya berkongsi sesuatu yang agak realiti dalam kehidupan kita, aku amat bersyukur masih mempunyai alternatif ke tempat kerja kerana dengan Motorsikal inilah aku berhari2 ulang alik membeli barangan keperluan sewaktu kerja terdahulu, dengan motor ini jugalah aku boleh mengharungi kerja sekrg pd permulaan (hadir taklimat pegawai baru, ulang alik kerumah sewa dengan ibu pejabat -kira 10 minit), dan dengan motorsikal inilah aku memahami jerik perih menjadi manusia dengan melalui cabaran yang mendewasakan (dari Muar ke Nusajaya -JB dengan naik Motor...pergh kebas kot punggung ni). Syukur, rezeki Allah, tahun ini juga, rentetan pekerjaan dan gaji yang agak stabil, aku dapat membeli (pinjam bank) sebuah kereta perodua MYVI yang telah lama menjadi idaman. The colour of my new baby is~~~ WHITE!!!! fuhhh sgt bahagia dapat memiliki baby baru aku ni. Tapi bulanan dia pun membuatkan mata aku White kejaplah hahaha...yelakan, aku kan nak kahwin, ne boleh nak enjoy sakan...duit kena simpan, xbole harapkan duit hantaran 100%. Buat pembaca yang belum kahwin...silalah simpan duit banyak2 dulu ye hehe...sebabnya zaman sekarang semua disua dengan perkahwinan ala2 inggerisla, dalam tamanla, dalam pulaula, gaya retis, gaya irma hasmie pun ade...tapi lau nak kahwin guna daun pisang as kipas pengapit xpyhla nak over simpan duit ye. Buatla ala kadar...namun jawab dengan ikhlas sejauhmana ala kadar majlis perkahwinan anda kelak? tetamu harus dijamu, rumah perlu dibaiki...cop cop cop!!! suda lari topik.. ok kesimpulannya aku bahagia dengan New Baby Born a.k.a lovely WHITE in da road.ahaha in this year ok??


EMPAT

        Oleh kerana aku ni jadi tunang org sarawak, x fayyymesla kalau aku xboleh buat Kek Lapis Sarawak kan?! jadi, disebabkan pengalaman lalu yang pernah terjerumus di alam Multi Level Marketing (ala org yg cari orang, dapat org kembang lagi pai terus mengembang tu...) aku punya tahap skill pemasaran tu boleh la dikatakan smpai orang beli. Plus aku pun memang pernah buat bisnes ni masa raya tahun lepas (2011) jadi xlah susah mana aku mulakan bisnes kecik2 ni kat suasana kerja baru aku skrg. Berbekalkan tulang berkerat2 ni, aku pun berhempas pulas lah menyiapkan tempahan kek lapis sarawak yang menjadi fenomena di YPKDT dan ahli keluarga terdekat mereka. Alhamdulillahlah....rezeki nak kahwin kan...jadi bolehla tambah2 duit nak kahwin n duit nak buat belanja raya...yeay!!!! syukurrrrrrrrrrr so ade sesapa nak order kek lapis sarawak bolehla mesej saya ye. Sy yakin anda akan menyukainye...dan kmgkinan besar akn kembali order hu3... dan begitulah ceritanya bila aku ni jadi tokey kek lapis Sarawak...(sifunye opkos la encik tunang dan bakal ibu mertua aku hehe) Thanks kepada pembeli dan sifu =)



LIMA

           Ni subtitle terakhir, dan yang terakhir nilah yang amat2 mengubah hidup aku...dari orang yang suka mengukur jalan kepada orang yang kena hadkan ukuran jalan. Sebab??? sebabnya aku dah jadi milik sah kepada suami tercinta iaitu Mohd Syallihin Sae'e. Teringat ayat sentap kakak angkat aku a.k.a Kak Sal          " Betul ke ko nak kahwin ni Da?" (nama gelemer kampung n keluarga terdekat ialah Ida) "Ida yang PlayGirl ni nak kahwin?... betul ke ni?" ~~ Mak ai...mcm jahat je bunyi aku ni kan? Actually aku bukan playgirl, tapi aku cari sape yg betul2 sayang kat aku (ayat jiwang) yang boleh layan sikap aku secara natural. Yes aku banyak kali putus cinta...tp peratus aku yg memutuskan tu amatlah tipis, yang lain tu selalu aku jelah kena kecewa (sedih)... nak dijadikan cerita masa kat universiti, aku ni dikira ratu airmata n ratu jiwang sebab balik2 yang putus cinta aku jelah...smpai roomate aku jenuh tgk celak dimata aku jatuh mengiringi deraian airmata dipipi aku yang gebbu ni ahai~... nak cerita dugaan aku sebelum jadi isteri ni amatlah perit, kitorg memang jauh, dalam tempoh berkawan (sebelum tunang) memang perkataan clash tu macam dah sinonim dengan kami. Masa tunang lak, ade gak orang yang masih nak kawan dengan aku (cabaran) sampai aku ase nak pergi dari sidia pun ade. Tapi bak kata BFF encik suami a.k.a Tarmizi Jailin~ jodoh korang berdua Kuat~ dan akhirnya tanggal 20.10.2012 aku sah menjadi isteri pada tunanganku yang kini telah menjadi suami iaitu Lee Hint hehehe...tak sangka perkenalan yang dipandang sebelah mata ini menjadi jodohku. Sedih n terharu...byk sgt cerita waktu wedding kami ni...tp cukuplah tarikh keramat 20.10.2012 dan 21.10.2012 ni menjadi hari yg sgt bahagia bg diriku bersama suami. Hanya aku tahu bertapa bahagianya aku bersama suami. Walaupun personaliti kami berbeza, namun ianya bukan penghalang keserasian kami..kerana kelebihannya menyempurnakan hidupku. Jarak antara kami menjadi cabaran buat ku kali ni untuk mengorak langkah agar aku tidak selesa dengan keadaan sedia ada. Tempat seorang isteri adalah bersama suaminya... kini aku dan suami sedang cuba sebaiknya mendekatkan kami berdua, dan usaha termampu buat tika ini ialah menjadikan penerbangan Air Asia sebagai pengangkutan menemukan cinta kami. Dan lihatlah kalian perancangan Maha Pencipta itu sangatlah rapi...mungkin kami tidak dapat hidup bersama kini, tapi akan datang? ada sesuatu yang lebih baik telah dirancangkan olehNya... dan ku yakini perancangMu Ya Allah....datangkanlah sejuta kekuatan dalam diri kami, kerna segala rezeki, pertemuan, ketentuan, ajal, maut itu adalah dariMu... Kaulah yang membantu akan perubahan hidupku ini. Moga lembaran 2013 mahupun hari2 berikut, bisa membuatkan aku terus menjadi isteri solehah, insan berguna, ibu yang mengasihi dan anak yang taat pada kedua ibu bapanya dan seterusnya memanjatkan iman kepadaMu ya Allah..Amin, amin ya Rabbalalamin...
Saat diriku menjadi miliknya

with our BFF

Outdoor hehe



Ni... highlight video masa majlis Pernikahah 20.10.2012


Dan ini highlight masa reception... =)