Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tinggal 2009...coretan lalu yang terus menjadi ingatan =)

Salam perpaduan, salam lembaran baru di angka baru yang menjengah kehidupan kita sebagai umat manusia biasa...
Terasa diri sangat kerdil saat angka usia menambah lagi 1 tahun...dah tua rupanya...entah apa akan bakal terjadi masa depan nanti. walaupun segala perancangan telahpun disediakan rapi tetapi kita tidak sesekali bisa menyangkal ketentuanNya. kematian yang tidak dapat dipastikan entah bila, kemenangan yang diharap sentiasa, kebahagiaan, keselesaan yang dicari tidak berpenghujung terus dicari gali... Tanpa kita sedari, kita perancang yang bergelar umat yang takdirnya telahpun dicatat namun usaha jangan sekali dicacat...Contohnya, baru2ni...kejadian kemalangan bas ekspres di Ipoh baru2 ini. Mengorbankan 10 nyawa yang banyak onak rancangan untuk mencari kebahagiaan, diragut dek perancangan yang hanya dirancang oleh seorang khalifah yang bernama umat. dan penentu segal adalah Dia yang maha esa. Semua pihak saling menuding jari, itu dan ini. menangisi dan meratapi mereka yang telah pergi. Sayu hati ini...entah mungkin hayat ku bisa pergi sesaat lagi walaupun banyak perancangan dibenak hati ini...cukupkah amalanku untuk akhirat nanti jika hayat sampai disini?

Aku...setiap kali tahun baru tidak kiralah tahun baru dunia mahupun Maalhijrah, sering memasang azam bersilih ganti. mahukan itu dan ini. yang pasti untuk kebahagiaan diri sendiri. Sehingga aku lupa, untuk apa aku hidup di dunia ini. Aku pernah meratapi, mengapa aku begini...perlu memakai topeng yang menggembirakan orang lain walau hakikatnya ia semakin mencela luka mereka dan menusuk duri didalam dada. Aku tidak bisa menjadi diri sendiri. Orang itu kata ini, orang ini kata itu... Kesudahannya aku seperti tiada pendirian yang pasti. Kerna aku sering dihantui ketidakpenerimaan mereka yang berkata itu dan ini. Aku sedar, aku tahu, apa yang aku suka, apa yang membuat aku bahagia, mudah untuk aku dapatkan...tidak perlu aku bersusah payah menjadi seseorang yang aku sendiri tidak gemari...

Aku terus mencari diriku...pilihan keseronokan mahupun pengorbanan.
dan aku masih mencari...dan aku sedar mungkin ramai yang telah disakiti sepanjang tahun ini..(2009). dan mungkin tidak kurang yang menyakiti diri ini...jawapan..aku terus mencari. mungkin aku telah ketahui, tetapi masih mencari jalan yang pasti diredhai...

2009
satu kenangan yang bukan mudah aku lupai... bermulanya aku sebagai seorang pimpinan pelajar, seorang sahabat hati, seorang sahabat rapat, seorang kawan, seorang kakak dan mungkin seseorang yang masih merangkak didunia yang penuh realiti ini...

Pada awal hingga pertengahan tahun ini,

        Aku mengenal cinta persahabatan yang sangat hebat menguji diri. Kebahagiaan yang aku pasti tidak akan ku tolak tepi dari kotak memori ini. kepada dia yang memegang watak didalam kenangan ini, aku berterimakasih kepadanya, memberikan aku kenangan terindah kerna bisa bahagia bersamanya walaupun seketika. kita ketawa, kita berkongsi segalanya, suka dan duka, tepi tasik, bunga orkid, cincin, dinner, dan yang paling penting..sebuah kenangan cinta persahabatan yang tidak berpenghujung. walaupun kutahu, kita sudah ada haluan baru kini...dan aku pasti setiap kesakitan, akan sembuh dengan sebuah rawatan baru yang lebih menyegarkan...untuk dia...friend 4 eva...semoga kau bahagia, kerna aku turut bahagia dengan jalan barumu.kerna aku pasti dia adalah yang terbaik buatmu. Jujur, aku sangat senang dan tidak perlu menjadi orang lain bila dengan kau yang memegang watak cerita ini. walaupun ku tahu kepura2an mu terselindung disebalik perasaan girang yang kononnya tidak punyai perasaan. emm...

Pada awal bulan 4
      Nor Hedayah, anda berada disebuah posisi yang sangat mencabar...hinggakan, pada saat ini aku masih meragui keberadaan ku diposisi ini. Memegang tampuk pimpinan pelajar fakulti universiti. Berbagai halangan, rintangan, cabaran dan kepuasan berada disini. Segala bentuk pandangan diberi dan dilemparkan. Mengenal erti sebuah kepimpinan yang realiti dalam berorganisasi. Dan sudah tentu perlu banyak hati dijagai, namun amanah terus digalas dari segala segi. Sungguh, sangat getir melalui saat ini,...adakalanya ingin sekali menarik diri tika diri berasa sendiri pada kesesakan mereka yang perlu dibela'i. Entah berapa kali diritersungkur pada perjuangan yang dilaungi. terasa segalanya langsung tidak berguna. Namun, Alhamdulillah, aku dikurnia kan mereka yang masih mampu mempercayai kekuatan diri. Fatiha, Hariz, Nelson, Safira, Sofwan, Mardiah, Ayie, Azwan, Asrol, Helmi, Diana, A-J, Solehan, Niz, Milahok, Tokeyk, Fiza, Jen, Pandi, dan semua kawan2 yang bersama2 memberi sokongan secara tidak langsung dan yang khususnya secara langsung (PMSPKS09). Mereka penguat semangatku dikala kaki terpijak duri yang menusuk setiap inci langkah ini. Namun telah kulakukan semua yang ku harus lakukan. sungguh, aku amat menyayangi Persatuan Mahasiswa SPKS ini...kepada mereka yang telah menduga, aku ucapkan berbanyak terima kasih, kerana dari sini aku tahu apa kelemahan ku yang pasti. dan kalian sebenarnya telah memberi sebuah kekuatan hakiki. Perjuanganku, aku pasti dan aku berjanji bukan hanya setakat disini! akan ku pastikan segalanya akan ku tepati selagi perancangan ini diiringi restu yang diredhai. Tahun ni, memang berlambak program yang mencatat 1001 kenangan yang amat membahagiakan dan memberi kepuasan walaupun dugaan mengiringi segala perancangan...antara program PM SPKS:
1. Majlis Serahan Tugas mantan  PMSPKS kepada kami.
2. Program derma buku
3. Program Kem Kecemerlangan Jati Diri SMK Badin (program pertama kelolaanku penuh disamping mereka yang mantap semuanya)
4. Program MisiPsiko Siswa 3
5. Program MSM bersma mahasiswa SPKS
6.Program Kursus Kepimpinan Exco dan seketariat PMSPKS + exco Kepimpinan dan Latihan (MPP)
7. Minggu Psikologi
8. semua Program kepimpinan kelolaan pelajar program Belia
9. Program Bubur Lambuk
10. Program Berbuka Puasa
11. Program berbuka puasa di rumah anak2 yatim Tambunan Sabah.
12. Pameran Tamu Gadang ke 11 SPKS (Johan tempat pertama untuk pameran) =)
13. Program Jalinan Muhibbah
14. Program Kursus Pra Perkahwinan
15. Klinik Psikologi
16. Buletin SPKS, blog PM, poster, baju untuk student
18.Program Ikatan Belia
19. Program Endogormik student IO
17. banyak lagi...dan ada yang kena postpone untuk tahun 2010...dun worry, InsyaAllah selagi aku masih diterima, aku masih lagi didalam perjuangan ini...
Maaf jika ada program yang terlepas pndang dan tidakku catatkan dalam laman blog ini, kerna aku tahu, usia ku semakin tua...jadi memori pun mungkin mudah lupa.

Memori MSM 09/10 vs Tamu Gadang 10 dan 11
Sebagai salah seorang Majlis Eksekutif didalam portfolio Latihan Dalam Kumpulan dan Sambutan Ibu Bapa, aku sangat bersyukur kerna bisa menyulam kenangan bersama di dalam MSM 09/10 kali ini.Ikatan kita sesama MT dan ME memang best, malam2 tak tidur same2, pergi karaoke lepas tensen dimalam hari, port Sadong Kita...wayang..satu kenangan yang sangat membuatkan aku bisa ketawa sendiri. Kemesraan... tugas yang benar mencabar minda dan emosi...hanya tuhan tahu bagaimana perasaan ku ketika itu. sungguh, pengalaman ini sangat menarik untukl hari tua ku nanti. Buat fatiha, thanks a lot.sanggup mnerima as timbalan ku sewaktu aku benar2 memerlukan seseorang timbalan yang benar2 berfungsi...buat cTon, Saperi, Mel, Uwais, scandle aku mase tu..Hazril(wah!), rafi, kanda, dinda, romy, fan, chua, afiq, salam, n semualah! dan semua yang menjayakan MSM khususnya team LDK dan sambuntan ibubapa, korang memang the best!!!!

Tamugadang 10(2008) satu portfolio yang sebenarnya penyuntik mengapa aku berada disini sekarang. as Pengarah unit Pertandingan masa tu. buat kali pertamanya menjadi pengarah dah diberi sebuah tanggungjawab yang sangat besar. sangat menduga, tapi seronok gila kenal dengan team Tamugadang kelolaan abg Pjol mase tu. dan pencetus kenangan pertama yang paling ekstrim pada pucuk pimpinan buat julung2 kalinya. buat sulfaisha yang banyak tolong mase tu..thanks. dan khususnya juga pada team pertandingan yang tak jemu2 celotehan ku yang pertama kalinya memimpin. memang haru. tapi aku bersyukur...diberi peluang keemasan ini. Dan Tamu Gadang ke 11 kali ini 2009, sangat menyeronokkan, hahaha..happy, tekanan ada tapi, aku sangat ikhlas menjadi diriku. bersama mereka yang tdak pernah kenal erti penat walaupun peluh mencuduri setiap gerak geri. balik samapi 2 3 pagi. seminggu kita berkampung demi menaikkan kembali nama SPKS yang disayangi. dan Alhamdullilah....ianya berhasil berkat doa semua rakan yang menyokong secara langsung mahupun tidak. tempat pertama. setiap detik if diceritakan habis page ni dgn cerita ni jer....ayie, aj, azwan, asrol, fira, mar, teha, haris, solehan, niz, n kwn teha (sory lupe nama) thanks a lot. korang memang superb!

Buat program lain, semua memang bagi superb kenaangan tapi dah letih nak menaip satu2...thanks a lot pada yang sudi berjuang di laman perjuangan PM SPKS batch ini...khususnya kesemua exco dan sekretariat yang tidak jemu datang meeting dan mengelolai kesemua program. aku pasti kalian telah melakukan yang terbaik bagi kebaikan kita bersama. Terima Kasih banyak dan mohon maaf jika aku mempunyai kesalahan mahupun  kesilapan yang sendiri tidak aku sedari...ketahuilah, aku hanya cuba melakukan yang terbaik untuk kita dan itulah yang pasti dalam perjuangan ku saban hari

Bulan 9...
Sebuah coretan lagi...aku mengenal sidia yang mungkin telah menjadi sahabat kepada hati ini. Muhammad Hafiz Goo Abdullah / Goo Chong Wen secara realiti. Cukuplah sekadar ku coretkan disini dia adalah sebuah perhubungan yang perlu aku jagai dan sentiasa membawa aku kepada sebuah hubungan yang lebih mematangkan diri. syukur ku sekali lagi dia berjaya bertapak di hati ini sejak 18 hb 7, pertemuan bersejarah pada 18 hb 9. Sebuah rahsia hati yang penuh misteri...mungkin menjadi rahsia kami. Thanks awak...sy syg awak kerana Allah swt. Dan moga2 hubungan ini dirahmati hingga mati...amin


CIRQUE DU FREAK: THE VAMPIRE'S ASSISTANT

Today movie...
Best gak..tapi ending yang memang menampakkan akan ada siri yg kedua...tgk kat Alamanda Puta'Jaya dgn family kak sal as usually...balik tu kiter org gi jalan2 kat puta'jaya...wah cantiknye...mcm tak pernah tgk plak..walhal dah bape kali aku pegi,...terasa menyesal knpla aku tak ade kamera time2 tgk Malaysia memang pantas di banggakan...Malaysia Boleh!