Khamis, 4 Mac 2010

erti sebuah kehilangan

jujur disini aku merasakan sesuatu hilang dariku
aku tak kenal di mana tawa yang menghiasi hari demi hariku 
satu ketika dulu
senyuman yang begitu pasti terukir di setiap benakku
bukan kerna aku kehilangan dia yang bernama kekasih hati
tetapi mereka yang bernama sahabat sejati

aku mngejar sebuah persaingan tanpa mempedulikan asakan
aku mengejar keduniaan tanpa memberi perlindungan
aku menjadi tuli dengan kelalaian
aku menjadi gah dengan kebanggaan

tanpa aku sedari apa yang ku cari dan perlui di dunia ini

aku melihat dibalik mentari
atau ranjau berduri
sesuatu yg benar2 aku tidak pasti

kini aku seolah2 pasti
dengan keperluan diri
yang kononya telah lama ku cari
yang sebenarnya telah lama bersemadi
tetapi tnpa aku sedari

aku tidak perlu wang berkati2
juga bukan taburan memuja muji
dan bukan juga sengaja minta diperhati

aku tahu sahabat,
aku pernah leka mencari
membina matlamat diri
memberi janji-janji
sehingga terkadang aku meninggi diri

kala aku bersedih
aku lemah
aku perih
aku letih

bukan seorang diri menjadi pengubat diri

dari keikhlasan
hati
diri
aku memerlukan sahabat sejati
bukan kiraan berjuta
bukan juga hanya satu dua
cukup sekadar mereka tidak perlu menjauhi....

kepada sahabat2 ku
maaf ku hulurkan
kerna tidak bisa menjadi shabt terbaik untuk kalian
tapi aku tahu kalian bak permata di tepian
tidak akan ada tolok gandingan 
kerna sebuah keikhlasan tidak ada sebarang gantian

dan mungkin kini aku diberi balasan kerna erti sebuah 'pengorbanan' dan 'kehilangan'
yang memberi seribu erti pada kesan yang mendatang...
dan tika ini,
maaf bukan satu kelewatan
bukan satu kemestian
untuk menebus segala kekhilafan...
kerna memaafkan bukan seperti melupakan...