Khamis, 22 Oktober 2009

mata dan hati

mata-mata itu
mahu aku dilihat mati
dengan terus menyakiti
tapi mataku bukannya hidup tanpa hati
dan aku terus kembali berdiri
hari ini aku menangis lagi
kerana hati disakiti
oleh mata-mata yang hanya tahu memerhati
tanpa simpati
mata-mata itu sedang memaki
kononnya sudah cukup berhati-hati
berkata itu dan ini
bagi membela jati diri
entah yang ke mana pergi
bila mata berkata tanpa hati…
mata dan hati…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan